Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Sedia geran, program galak penternak babi moden

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Chong mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Chan Foong Hin untuk membincangkan isu harga daging babi di Sarawak.

KUCHING: Sudah tiba masanya Kerajaan Sarawak memulakan program untuk menggalakkan lebih ramai penternak babi menggunakan kaedah moden dan teknologi baharu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, program itu termasuk kerajaan menyediakan lebih banyak geran dan pinjaman mudah untuk membantu penternak.

“Memandangkan 90 peratus ladang babi di Sarawak terjejas akibat Demam Babi Afrika, maka sudah tiba masanya untuk kerajaan negeri menggalakkan penternak yang terjejas menggunakan kaedah penternakan moden dan baharu.

Chong mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Chan Foong Hin untuk membincangkan isu harga daging babi di Sarawak.

“Program ini juga harus melibatkan lebih banyak geran kerajaan dan pinjaman mudah yang akan diberikan bagi membantu para petani menaik taraf kemudahan dan ladang mereka,” katanya.

Terdahulu, beliau bertemu dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Chan Foong Hin untuk membincangkan isu harga daging babi yang tinggi dan masa depan industri penternakan babi di Sarawak.

Menurut Chong yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, pertemuan itu juga diharap dapat membina perancangan dan kerjasama yang rapi antara kerajaan negeri dan Persekutuan bagi menghidupkan semula industri penternakan babi.

“Walaupun industri penternakan babi berada di bawah autonomi Kerajaan Sarawak, perbincangan kami menyentuh cara dan perancangan untuk Kerajaan Persekutuan membantu dalam pembangunan industri penternakan babi di Sarawak

“Ini bukan sahaja dapat menghidupkan semula industri penternakan babi tetapi juga melonjakkannya ke tahap penternakan moden yang lebih tinggi,” tegasnya.

Katanya, usaha itu bagi menangani isu kenaikan harga babi yang sudah meningkat berkali-kali akibat masalah kekurangan bekalan daging babi di negeri ini.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News