Trending

Sediakan payung sebelum hujan, cuaca mendung dijangka berterusan ke petang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MUKAH: Orang ramai khasnya pengundi di Dun Tellian dinasihatkan untuk turun ke tempat mengundi menggunakan payung kerana hujan lebat mula turun pada jam 9.30 tadi dan dijangka berlanjutan sehingga ke tengah hari.

Pada awalnya cuaca mendung berlaku di kawasan di Dun Tellian ini telah memudahkan urusan proses pengundian dijalankan dengan lancar bermula 8 pagi tadi.

Terdahulu turut ditemui ialah Calon Dun Tellian dari Parti Gabungan Sarawak (GPS) Royston Valentine hadir berpakaian baju batik linut Melanau.

Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pengundi yang hadir dalam melaksanakan kewajipan mereka di Dun Tellian pada hari ini.

“Kita juga berharap agar cuaca cerah pada sebelah pagi berlanjutan sehingga petang agar proses pengundian berjalan lancar dan tidak berlakunya hujan.

“Kita juga harap dapat menang dengan baik pada hari ini, dan berharap kerajaan GPS kekal sebagai parti yang memerintah,” katanya ketika ditemui pemberita di luar pusat pengundi di Sk Kampung Petanak hari ini.

Malah ujarnya beliau juga akan turun ke pusat pengumpulan undi di Dewan Sri Pekala Kampung Kuala Lama setelah semua proses pengundian di Dun Tellian berakhir pada sebelah petang.

“Kita harap semua urusan pengundian dan pengiraaan ini nanti dapat berjalan dengan lancar,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, tinjauan Suara Sarawak di beberapa pusat pengundian di sini mendapati Saluran 1 yang merupakan saluran untuk golongan vateran telah mula dipenuhi dengan pengundi berbaris panjang mengikut SOP yang ditetapkan.

Bagaimanapun bagi Saluran 3 pula khasnya dari dalam kalangan belia menunjukkan masih ada ruang kosong dan tidak ramai yang hadir untuk mengundi.

Sehubungan itu, golongan belia khasnya disarankan untuk turun mengundi bagi melaksanakan kewajipan mereka kepada negara dalam memilih wakil rakyat yang baru.

Untuk Dun Tellian ini seramai 10,059 pengundi akan turun mengundi pada hari ini iaitu meliputi 4,953 (49.24%) pengundi lelaki dan 5,106 (50.76%) pengundi perempuan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru