ARTIKEL

Sedih kuih tidak habis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEBELUM pandemik COVID-19, setiap kali hujung tahun, pasti akan diadakan jamun hujung tahun untuk peringkat kelas di sekolah.

Juga akan diadakan majlis graduasi serta majlis perpisahan melibatkan murid tahun enam dan tingkatan lima serta tingkatan enam.

Sementara dalam tempoh pandemik pula, majlis-majlis seperti ini diadakan sempena hujung sesi persekolahan. Bukan lagi hujung tahun.

Untuk sesi persekolahan tahun 2023/2024, majlis seperti ini banyak diadakan pada minggu ini dan minggu depan.

Sesuai dengan tiada lagi ujian peringkat sekolah diadakan. Rata-rata pentadbiran sekolah menyediakan satu hari khas untuk majlis-majlis sedemikian.

Tujuannya untuk meraikan murid-murid atau pelajar yang bertungkus lumus belajar sepanjang sesi persekolahan.

Majlis seperti ini pula bukannya wajib untuk diadakan.

Langsung tiada paksaan terhadap penyertaan murid-murid ataupun pelajar.

Ia secara sukarela.

Namun, majlis ini perlu diadakan bagi memeriahkan suasana di sekolah pada hujung tahun atau hujung sesi persekolahan.

Anak-anak yang paling gembira.

Macam-macam menu dibayangkan yang akan dihidang di atas meja di dalam kelas kelak.

Melayang-layang di kepala mengenai makanan atau minuman yang hendak dibawa pula pada tarikh yang ditetapkan.

“Apa yang nak dibawa kelak?” Biasanya ini pertanyaan untuk pelajar atau murid itu sendiri.

Kemudian, soalan ini akan ditujukan kepada ibu.

Sebelum itu, macam-macam cadangan menu dikemukakan.

“Ibu, minggu depan ada jamuan di kelas… kamek nak embak apa ibu?” Soalan biasa kepada ibu setiap kali ada makluman yang disampaikan oleh guru kelas.

Si ibu hanya tersenyum dan sesekali pening kepala memikirkan makanan yang hendak dibawa. Nak bawa ayam goreng, bajet tidak cukup.

Baca lain  Pemain berkuasa ubah peraturan

Dalam keadaan ekonomi sekarang, bayangkan kos yang perlu dikeluarkan bagi menyediakan ayam kepada lebih 30 murid atau pelajar di dalam kelas.

Jumlahnya bukan sedikit.

Cadang nak bawa kuih-muih tetapi tentu ramai yang bawa makanan yang sama.

Selain mudah didapati, harganya RM2 untuk tiga kuih masih lagi menjimatkan. Lagi pun ada macam-macam kuih boleh dibawa untuk majlis jamuan akhir persekolahan di sekolah.

Kadang-kadang pening si ibu boleh sampai ke pagi.

“Sik tauk ibu nak polah apa… Macam-macam dalam kepala tok.

Mun sik pun, kelak sebelum ke sekolah minta bapa beli karipap,” pesan si ibu kepada anaknya.

Anak seperti biasa tetap reda dengan apa-apa keputusan ibunya.

Apatah lagi apabila si bapa menyetujui cadangan di ibu tadi.

Namun sedikit menjadi masalah apabila ada tiga ke empat murid atau pelajar membawa makanan yang sama — contohnya karipap, cuma bezanya inti.

Situasi ini kadang-kadang menyebabkan anak-anak terasa hati.

Makanan yang dibawa tidak terusik.

Pertama disebabkan ada banyak karipap.

Kedua, ada banyak lagi makanan lebih menyelerakan dan lebih sedap dibawa oleh rakanrakan yang lain.

Perkara ini bukan tidak pernah berlaku.

Kadang-kadang situasi ini menyebabkan anak-anak pulang hampa dari sekolah.

Bukan sahaja makanan yang dibawa tidak dimakan, sebaliknya makanan yang dibawa ke sekolah terpaksa pula dibawa pulang ke rumah.

“Sik best la ibu.

Kuih yang kamek bawa sik abis. Tok kuih ya, kamek embak balit.”

Baca lain  TVS dan dunia sukan Sarawak

Kita akan faham perasaan anak-anak yang berkata demikian.

Kecewa dan sedih. Kadang-kadang ada anak-anak yang seolah-olah enggan untuk membawa makanan lagi pada sesi persekolahan akan datang.

Malah di Internet, pernah ada satu video tular tentang seorang kanak-kanak yang mukanya sangat sedih ketika bersama-sama rakan di dalam kelas.

Video itu nampak biasa-biasa sahaja.

Dalam video ini, memaparkan banyaknya makanan dan minuman yang dihidangkan di atas meja di tengah-tengah kelas.

Ada yang bawa karipap, mi goreng, ayam goreng, makaroni goreng, piza selain air kotak, air tin yang pelbagai perisa.

Kanak-kanak lain nampak gembira duduk sambil makan bersama-sama rakan-rakan.

Seorang guru bertanya kepada kanak-kanak itu: kenapa dia berada dalam keadaan demikian.

Dia benar-benar nampak sedih.

Dia memberitahu yang tiada seorang pun rakan-rakannya sudi makan karipap yang dia bawa.

“Mungkin kuih yang saya bawa tidak sedap cikgu,” terangnya.

Guru tetap guru.

Dia dapat memahami situasi itu.

Dia faham akan perasaan murid itu.

Dia terus bertanya kuih yang murid itu bawa.

“Mana kuih yang awak bawa?” Dengan senyuman terpaksa, dia menghulurkan sebiji karipap kepada gurunya.

Guru tadi makan karipap itu dengan penuh nikmat. Walaupun tiada dialog, dapat diagak dia mengatakan karipap itu sedap.

Dan dia mengajak muridmurid lain untuk makan sama. “Sedap?” Tanya guru tadi.

“Sedap cikgu…” Sekejap sahaja karipap tadi habis dimakan.

Situasi itu menyenbabkan murid tadi yang mulanya muram dan sedih menjadi ceria dan kembali tersenyum.

Baca lain  Ketagih Youtube

Disertai rakan-rakan, dia mula mengambil makanan lain dan makan bersama-sama.

Guru tadi tidak putus-putus memuji kesedapan karipap yang dibawa yang dimasak oleh ibu murid tadi.

Sekejap sahaja murid tadi boleh menjadi cerita. Inilah dilema bagi ibu bapa jika ada jamuan di sekolah.

Lebih dilema apabila ada guru meminta menu-menu yang perlu dibawa ke sekolah.

Malah, ada yang membuat senarai di kumpulan WhatsApp makanan yang akan dibawa ke sekolah.

Pun demikian, sedikit melegakan apabila tahun ini, yang bermula tahun lepas, tiada paksaan terhadap ibu bapa.

Anak-anak boleh membawa apa-apa sahaja makanan untuk jamuan.

Cuma senarai murid yang membawa minuman diminta oleh guru.

Selebihnya, duit yang dikumpul ataupun melalui duit kemenangan dalam apa-apa pertandingan antara kelas digunakan untuk menyediakan menu lain. Ini bagi mengelakkan ibu bapa terbeban dalam penyediaan menu untuk jamuan.

“Saya akan gunakan wang yang dikumpul (sumbangan ikhlas ibu bapa) untuk menyediakan jamuan kelas.

Duit kemenangan pertandingan sepanduk juga akan digunakan untuk jamuan ini,” jelas seorang guru dalam kumpulan WhatsApp ibu bapa. Selesai jamuan, sekali lagi guru tadi memaklumkan,

“Semua duit kutipan bagi sesi 2023/24 telah dibelanjakan. Butiran ada dlm kumpulan WhatsApp ini”.

Perancangan guru ini dipuji kerana bijak mengurus wang yang dikumpul (hasil sumbangan ikhlas ibu bapa dan kemenangan) untuk menceriakan anak-anak.

Sebab dia tidak mahu ibu bapa kepada setiap anak didiknya terbeban dalam penyediaan makanan dan minuman.

Mungkin langkah ini boleh diikuti oleh guruguru lain. 

BERITA LAIN

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu

Obesiti selepas raya

PASTI ada yang kembali buncit pada hari raya kesembilan (hari ini), malah ada yang lebih besar kebuncitannya. Ia berpunca daripada pengambilan makanan berlebihan sejak raya

Jangka hayat, kematian semakin dekat

ADAKAH anda bersedia untuk mati? Adakah anda bersedia untuk meninggalkan legasi? Sekurang-kurangnya mendidik atau mempersiapkan pengganti untuk syarikat, pertubuhan dan sebagainya, termasuk dalam urusan pentadbiran.

Rayakan sebulan

HARI ini hari ketujuh kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sik berasa, terutama bagi golongan muda. “Lom puas beraya, dah mula bersekolah.” Antara dialog yang kita

Seni cipta kekayaan

BAGAIMANAKAH cara hendak menjadi bilionair? Kelihatannya bagi kebanyakan kita, hal ini bukannya mudah. Ia satu impian yang sukar digapai oleh lapan bilion manusia di planet

Sampah plastik cemar lautan

KETIKA manusia membuang sampah plastik di taman atau pantai, jalan raya, aliran air – aktiviti alam membawa cebisan plastik itu melalui longkang ke sungai untuk

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,