ARTIKEL

Dr Sim (berdiri, empat kiri) merakam gambar kenangan bersama-sama barisan wartawan Suara Sarawak pada Majlis Makan Malam Bersama Media, di sini, malam tadi

See Chee How mesra GPS demi pembangunan Batu Lintang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How hanya mesra Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan tidak menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Demikian penjelasan Presiden SUPP Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mengenai kehadiran See pada majlis Makan Malam Dr Sim bersama Pengamal Media Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, malam tadi.

Timbalan Premier itu sebaliknya menjelaskan bahawa See melaksanakan kerjasama dan terlibat dalam beberapa projek bersama GPS termasuk dengan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Beliau juga menyertai kami sebagai sebahagian daripada jawatankuasa penganjur untuk Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 yang diadakan oleh Kerajaan Sarawak pada Sabtu ini,” katanya.

Dalam majlis makan malam tadi, See yang dilihat meluangkan masa sebentar bersama Dr Sim serta tetamu kehormat lain, sebelum beredar.

Mengulas lanjut, Dr Sim memberitahu beliau yang menjemput See untuk bersama-sama memeriahkan majlis berkenaan kerana tidak mahu ADUN Bebas itu terus bersendirian kerana tidak mempunyai parti.

Sementara ketika ditanya sama ada See ada mengemukakan permohonannya untuk menyertai SUPP, Dr Sim menegaskan ia tidak berlaku.

“Beliau tidak menyertai parti saya sebaliknya mesra dengan GPS. Bagi saya ini perkembangan positif dan penting dari sudut untuk kita melihat DUN Batu Lintang terus mendapat manfaat pembangunan.

“Seperti kita tahu, kawasan itu turut terdapat beberapa isu antaranya kejadian banjir kilat dan lain-lain. Jadi sudah tentu semua perkara itu memerlukan peruntukan yang banyak,” jelasnya.

Ditanya sekiranya SUPP berminat membuka pintu kepada See sebagai ahli memandangkan kedua-duanya telah melaksanakan kerjasama, Dr. Sim berkata pihaknya sentiasa terbuka kepada semua orang.

“Kami sentiasa membuka pintu untuk semua orang. Tetapi sesetengah orang memilih untuk tidak menyertai kami, bahkan ada yang meninggalkan parti dan tidak kembali,” tambahnya.

Untuk rekod, See berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas selepas keluar daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada 14 Ogos 2022.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)