ARTIKEL

ISU PANAS… Pekerja penyelenggaraan membaik pulih padang sebelum perlawanan bersambung kembali bagi perlawanan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2027 di antara Malaysia menentang Oman di padang SNBJ, semalam. | BERNAMA

Segala keputusan melibatkan Perbadanan Stadium Malaysia dibuat bersama lembaga pengarah — Hannah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PETALING JAYA, Selangor: Sebarang keputusan melibatkan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) hanya boleh ditentukan lembaga pengarah perbadanan itu, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Beliau berkata ini termasuk keputusan melibatkan isu padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sehinggakan ada pihak mendesak Pengerusi PSM, Datuk Hans Isaac, meletak jawatan, biarpun kontraknya dijangka tamat pada tahun depan.

“Hans Isaac telah dilantik (Pengerusi PSM) untuk tempoh dua tahun, saya percaya dalam PSM segala keputusan dibuat bersama lembaga pengarah (PSM),” katanya ketika ditemui pada majlis dialog dan ramah mesra bersama pengamal media di sini semalam.

Baru-baru ini, netizen terutamanya peminat bola sepak tempatan mengkritik kepimpinan Hans sebagai Pengerusi PSM sehinggakan ada yang meminta beliau meletak jawatan apabila padang SNBJ dilihat kurang memuaskan menjelang aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau Malaya dan Oman, yang akhirnya memihak kepada pasukan lawan dengan keputusan 2-0 malam tadi.

Hannah dalam hantaran menerusi laman X pada Isnin menjelaskan padang SNBJ boleh digunakan setelah mendapat kelulusan Komisioner Perlawanan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tetapi kedua-dua pasukan tidak dibenarkan menjalani latihan rasmi berikutan keadaan cuaca yang sering hujan di sebelah petang dan malam sejak kebelakangan ini.

Baca lain  Latihan bagi skuad bola sepak wanita bermula

Dalam pada itu, Hannah memaklumkan PSM sedang mencari ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu selepas kontrak Mohd Faidz Sanusi tamat baru-baru ini.

“Jawatan CEO PSM masih terbuka, sesiapa yang berminat serta tahan lasak boleh memohon dan hantar resume kerana ia jawatan hot seat (kerusi panas),” katanya.

Sementara itu, Hannah berkata Jawatankuasa ‘Road to Gold’ (RTG) sedang bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) dalam melakukan saringan jantung ke atas atlet di bawah program tersebut yang menyertai Sukan Olimpik 2024 di Paris.

RTG yang diwujudkan tahun lepas merupakan projek nasional bagi memburu kilauan pingat emas sulung negara di Sukan Olimpik 2024 serta edisi 2028 di Los Angeles.

Ditanya sama ada Malaysia berminat untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia 2038, Hannah berkata tumpuan utama Kementerian Belia dan Sukan ketika ini adalah untuk melabur dalam ekosistem sukan termasuk pembangunan bakat pada peringkat akar umbi.

“Tiada guna kalau kita jadi tuan rumah tetapi atlet kita tidak menang apa-apa, lebih baik ‘pam’ duit dalam pembangunan bakat,” katanya.

Baca lain  Seni silat dapat pengiktirafan UNESCO

Sebelum ini, media melaporkan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam Mohd Sadek Mustafa, mengesyorkan Malaysia menimbang kemungkinan menjadi hos Sukan Asia 2038 sekiranya masih berhasrat untuk menganjurkan temasya sukan bertaraf tinggi selepas menolak tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) untuk menganjurkan Sukan Komanwel 2026. — BERNAMA

BERITA LAIN

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,