Trending

Segera gubal undang-undang perdagangan karbon

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

    BINTULU: Sarawak menyasarkan untuk memulakan perdagangan karbon tahun depan, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Katanya, beliau merancang untuk melawat Verra London bagi mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai protokol antarabangsa jika kerajaan Persekutuan mengambil masa untuk mengemas kini undang-undang negara berkaitan perdagangan karbon.

    Dengan Sarawak memulakan perdagangan karbon, Abang Johari menekankan bahawa adalah penting bagi Kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan proses pindaan dan mengemas kini undang-undang Malaysia mengikut protokol antarabangsa dan meletakkan karbon sebagai komoditi perdagangan.

    “Tanpa kerangka perundangan yang komprehensif sejajar dengan protokol antarabangsa, ia akan menghalang pengeluaran dan perdagangan karbon negeri ini.

    “Oleh itu, saya telah menggesa dan meminta Persekutuan untuk segera mengemas kini undang-undang negara dengan memasukkan karbon sebagai komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi yang diterajui Datuk Sri Fadillah Yusof,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-45 BDA di Restoran Dinner World, di sini, malam tadi.

    Suka artikel:

    e-Akhbar Suara Sarawak

    Berita Berkaitan

    E-Paper

    27 November 2023

    Berita Terbaru