SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Segera hantar borang permohonan STR

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Michael Kong (kanan) menyerahkan borang permohonan STR Parlimen Stampin kepada Ketua Jabatan bagi permohonan STR Sarawak, Shahminan Ahmad di Pejabat LHDN Sarawak di Kuching, hari ini.

KUCHING: Orang ramai diingatkan untuk segera menghantar borang permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi mengelakkan beratur panjang sekiranya dihantar pada saat akhir.

Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen, Michael Kong berkata, manakala mereka yang pandai menggunakan internet, boleh menghantar atau mengemas kini permohonan melalui laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

“Bagi orang ramai yang belum menghantar borang, kami merayu supaya anda tidak menunggu sehingga saat-saat akhir,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu katanya, sejak bulan lepas pihak Parti Tindakan Demokratik (DAP) Stampin telah membantu seramai 181 orang untuk mengisi borang permohonan STR.

“Ini kerana kami difahamkan ramai yang tidak mempunyai masa untuk menghantar borang ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Dan hari ini kami menyerahkan semua borang permohonan tersebut terus kepada Ketua Jabatan bagi permohonan STR Sarawak, Shahminan Ahmad,” ujarnya.

Mengulas lanjut katanya, pihaknya akan mengambil maklum sebarang perkembangan dan maklum balas mengenai permohonan tersebut termasuk memberikan sebarang cadangan yang mungkin dapat membantu untuk melicinkan proses tersebut pada masa hadapan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru