ARTIKEL

Segera laksanakan pelan induk tebatan banjir Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Amat penting untuk Kerajaan Sarawak khususnya Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyegerakan rancangan saliran bandar bagi mengatasi masalah banjir di bandar raya Kuching.

Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen, Michael Kong berkata, hujan lebat berterusan dan kejadian banjir kilat yang berlaku di kebanyakan kawasan di Kuching merupakan peringatan mendesak untuk perkara tersebut.

“Adalah amat penting bagi Datuk Sri Dr Sim Kui Hian dan kementeriannya untuk segera membuat rancangan saliran yang betul untuk mengatasi isu banjir kilat yang kerap berlaku di Kuching tanpa sebarang penangguhan lagi.

“Kejadian hari ini memberi satu lagi peringatan tentang betapa mendesaknya isu perparitan di sini kerana hanya selepas beberapa jam hujan lebat, kebanyakan kawasan dinaiki air,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, sementara menunggu pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta majlis tempatan menunggu arahan, Dr Sim selaku menteri bertanggungjawab harus mengarahkan kakitangannya untuk memastikan bantuan segera diberikan kepada mereka yang terkandas dan memerlukan bantuan.

Tegasnya, tidak dinafikan bahawa mesti terdapat rancangan jangka panjang untuk menangani isu banjir di Kuching dan pihak berkuasa tempatan harus segera merangka pelan induk tebatan banjir untuk Kuching supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan segera.

Hujan lebat berterusan yang bermula sejak jam 6 pagi hari ini telah mengakibatkan sebahagian besar kawasan dan jalan raya di sekitar bandar raya Kuching dilanda banjir kilat.

Malah banyak kediaman masyarakat turut dinaiki air teruk antara di Kampung Sinar Budi Baru, Desa Wira, Kampung Tabuan Dayak, sekitar Padungan, Batu Lintang dan lain-lain.

BERITA LAIN

Kejohanan catur uji kepantasan berfikir

KUCHING: Seramai 80 peserta menyertai Kejohanan Catur Pantas H&L yang dianjurkan oleh Kelab Prihatin Belia Bandaraya Kuching dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sarawak di Eco

Sarawak punyai keupayaan simpan karbon

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) melancarkan Pusingan Bidaan Sarawak (SBR) 2024, satu inisiatif utama yang bertujuan memanfaatkan geologi tersendiri Sarawak untuk Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan

BERITA TERBARU

Kejohanan catur uji kepantasan berfikir

KUCHING: Seramai 80 peserta menyertai Kejohanan Catur Pantas H&L yang dianjurkan oleh Kelab Prihatin Belia Bandaraya Kuching dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sarawak di Eco

Sarawak punyai keupayaan simpan karbon

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) melancarkan Pusingan Bidaan Sarawak (SBR) 2024, satu inisiatif utama yang bertujuan memanfaatkan geologi tersendiri Sarawak untuk Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan

Empat pasukan buru gelaran juara Piala FA Serian

SERIAN: Saingan peringkat separuh akhir kempen Piala FA Serian berlangsung Ahad ini (28 Julai). Sekali gus, menyaksikan pertembungan hebat empat pasukan handalan dalam mengintai tiket