Trending

Segera selesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Samarahan- Chong

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen

KUCHING: Isu kesesakan lalu lintas di laluan Kuching-Samarahan Expressway berikutan kerja-kerja naik taraf bulatan di laluan berkenaan memerlukan penyelesaian jangka pendek pada kadar segera.

Demikian tegas Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang menggesa Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak untuk bertindak segera bagi mengatasi masalah berkenaan.

“Dengan kesesakan jalan raya yang sungguh luar biasa sekarang, saya mencadangkan kepada JKR untuk tidak melakukan penutupan jalan raya pada waktu siang.

“Malah, lebih ramai polis trafik serta anggota Rela perlu ditempatkan bagi mengawal dan menguruskan pemandu kenderaan di di laluan Kuching-Samarahan Expressway lebih-lebih lagi pada waktu puncak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chong yang juga Ahli Parlimen Stampin mendedahkan pada Isnin lalu, JKR telah diseru untuk menambah baik pengurusan lalu lintas dan kontraktor juga diarahkan untuk menjalankan kerja-kerja tertentu pada waktu malam atau cuti umum.

Pada keesokan harinya (Selasa), JKR telah mengeluarkan kenyataan akhbar berjanji untuk menambah baik pengurusan trafik dan mengarahkan kontraktor menjalankan kerja-kerja premix pada waktu malam.

“Namun, pada hari yang tersebut, orang ramai mengalami kesesakan lalu lintas yang paling teruk dan kebanyakan penumpang terperangkap dalam kesesakan selama lebih daripada dua jam.

“Walaupun saya bersyukur JKR telah mengeluarkan kenyataan akhbar menerima cadangan kami, namun saya mohon JKR untuk segera mengambil tindakan atas isu ini,” katanya lagi.

Jelas Chong, sebagai pengguna jalan raya, beliau memahami bahawa sentiasa ada beberapa tahap kesulitan yang disebabkan oleh mana-mana projek pembinaan jalan raya.

Bagaimanapun katanya, tahap ‘ketidakselesaan’ yang dialami oleh pengguna jalan raya di sepanjang Lebuhraya Kuching-Samarahan yang disebabkan oleh kerja-kerja pembinaan tidak dapat ditanggung.

 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 December 2023

Berita Terbaru

KAEDAH PERANCANG KELUARGA

ISTILAH perancangan keluarga memiliki perbezaan pandangan dan keperluan untuk sesebuah