ARTIKEL

Francis Harden (enam kiri) melawat tapak projek bina baru jambatan konkrit menyeberangi Sungai Undop, Kampung Beleti, Sabu, semalam.

Segera siap projek RTP tahun lalu, elak beban tambahan – Francis Harden

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Segera siapkan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun lalu bagi mengelakkan beban tambahan daripada projek RTP yang bermula pada tahun semasa, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis.

Menurutnya, yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, di bawah kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), pembangunan tidak terhenti.

“Kita harus cepat menyiapkan projek yang telah diluluskan, terutama RTP tahun lepas kerana RTP tahun semasa akan bermula.

“Jika tidak disiapkan, dibimbangi menjadi beban kerja, terutama kepada agensi pelaksana yang akan menyediakan spesifikasi dan skop kerja projek sebelum dapat ditawarkan kontrak kepada kontraktor melalui cabutan undi.

“Justeru, segera siapkan projek RTP tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat beberapa projek RTP di kawasannya, semalam.

Jelasnya, aktiviti turun padang atau lawatan ke setiap tapak projek penting untuk mendapatkan informasi yang tepat tentang status projek.

Ini menurutnya, akan memudahkan maklumat yang tepat disampaikan kepada rakyat.

“Bagi saya, kerja keras mengadakan lawatan bersama agensi pelaksana adalah untuk memastikan semua projek diluluskan dapat disiapkan mengikut jadual.

“Seterusnya, memberi manfaat kepada rakyat setempat.

“Kerana ini merupakan proses berterusan demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat yang telah memberi kepercayaan dan mandat kepada parti pemerintah sekarang (GPS),” ujarnya.

Lawatan Harden turut disertai pasukan dron JKR Bahagian Sri Aman.

Di lokasi pertama, beliau meninjau projek bina baru jambatan konkrit menyeberangi Sungai Undop, Kampung Beleti, Sabu, Sri Aman.

“Saya dimaklumkan oleh wakil kontraktor bahawa persiapan peralatan sedang dalam proses.

“Untuk projek jalan akses ke tiga rumah PPRT di Rumah Panjang Sanggau, Sungai Reboh sedang dalam pembinaan, sementara projek Jambatan Gantung telah siap dibina menyeberangi Sungai Undop di kampung tersebut.

“Lawatan seterusnya ke projek RTP yang telah siap dibina iaitu Jambatan Gantung menyeberangi Sungai Undop dan jalan akses di Rumah Panjang Mary Tuba, Kampung Munggu Demam,” tambahnya.

Antara lain, projek pembinaan jalan akses dan parit di Rumah Panjang Siliver Garit, Kampung Kenyungan membabitkan kerja-kerja memasang wayar dalaman.

Harden turut melihat Rumah Panjang Wan Rantai, Kampung Guntong Ulu yang dibina ‘awning’ dan cadangan membina akses dari jalan raya ke rumah panjang dan difahamkan proses cabutan undi untuk tawaran kontrak akan dilaksanakan sedikit masa lagi.

Jurutera Bahagian JKR Bahagian Sri Aman, Ir Ts Minjo Simanding, turut hadir sama.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA