ARTIKEL

Segera tangani isu pelajar antarabangsa lewat terima visa – Adam Yii

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak diminta untuk menuntut portfolio pendidikan dikembalikan kepada negeri supaya ia boleh diurus mengikut dasar dan objektif pembinaan negara. 

ADUN Pujut Adam Yii berkata, cadangan tersebut dibuat susulan permohonan visa untuk pelajar antarabangsa mengambil proses yang cukup lama.

Menurutnya, Universiti Teknologi Curtin Kampus Miri selama ini telah menarik ramai pelajar antarabangsa dari luar negara namun mereka mengalami masalah dalam mengurus permohonan visa.

“Permohonan visa pelajar untuk pelajar asing ini sentiasa menjadi proses yang sangat susah dan memakan masa dengan keputusan yang tidak menentu serta banyak membantutkan pembangunan universiti, “ katanya ketika berucap pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Selain itu tambahnya, Miri mempunyai kampus cawangan Universiti Teknologi Curtin di Australia yang menyumbang besar terhadap pendidikan generasi belia terlatih termasuk menjana ekonomi kepada Miri.

Katanya, bagi memajukan universiti tersebut memerlukan spektrum luas kakitangan akademik dan pelajar daripada pelbagai sumber untuk bertukar-tukar idea sekali gus memperkayakan persekitaran akademik.

BERITA LAIN

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan