Segerakan program vaksinasi

SIBU: Kerajaan di saran mempercepatkan program vaksinasi kepada rakyat susulan peningkatan kes positif Covid-19 di Sarawak yang semakin tinggi.

Saranan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Negara Senator Robert Lau Hui Yew menerusi hantarannya di laman sosial semalam.

Menurut beliau, tiada cara lain lagi untuk mengurangkan kes serta penularan Covid-19 di negeri ini. “Kalau dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak masalah yang timbul.

“Walaupun PKP dilaksanakan, jika rakyat tidak mematuhinya juga susah, keadaannya masih sama.

“Jika menggesa rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kes pun masih meningkat seperti hari ini (semalam),” luahnya yang juga Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan.

Lau menjelaskan, tiada cara lain lagi untuk kerajaan menghentikan penularan wabak pandemik itu atau sekurang-kurangnya mengurangkan jangkitannya dalam kalangan orang ramai kecuali mempercepatkan program vaksinasi ini.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 17 Apr 2021

Suara Sarawak