ARTIKEL

Segulai Sejalai Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

IKRAM, Bintulu mengadakan majlis jamuan makan malam dan pengisian ceramah oleh Ustaz Ali Fathullah di rumah inap Warisan Jepak, Bintulu pada 14 Januari lalu.

Antara isi pengisian ditekankan ialah bersyukurlah dengan nikmat kesihatan dan menambah ibadah kita kepada Allah.

Apabila kita dalam keadaan sakit, kita pasti rindu untuk beramal seperti waktu kita sihat.

Ubat malas beribadah ialah memaksa diri dan bermujahadah melawan nafsu yang condong mengutamakan dunia daripada urusan akhirat.

Dipetik hadis riwayat Imam Baihaqi bermaksud: “Daripada Abu Muhammad Abdullah Amr Ash RA berkata, Rasulullah SAW bersabda; tidak beriman seorang daripada kalian hingga hawa nafsunya mengikuti apa-apa yang aku bawa.”

Ia menunjukkan salah satu daripada tuntutan iman ialah menjadikan hawa nafsunya tunduk dan menurut ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Sekiranya dia mengutamakan hawa nafsunya daripada mengamalkan ajaran lslam, menyintai maksiat daripada amal kebajikan, maka imannya tidak sempurna.

Ungkapan “tidak benar-benar beriman“ bererti imannya tidak sempurna dan masih cacat atau tempang, bukan bererti dia jatuh kufur.

Baca lain  Iftar Jamaie di Kuching, Sibu dan Bintulu

Kufur apabila dia menafi kan atau menolak mana-mana ajaran lslam.

Mujahadah hawa nafsu ialah mujahadah yang berat, tidak tertanggung kecuali oleh orang yang benar-benar ikhlas beriman.

Program ini juga dihadiri Ahli Ikram Bintulu bersama-sama keluarga serta Ahli Ikram dari Kawasan Jasin yang kebetulan menziarahi bumi Bintulu.

BERITA LAIN

Terus budaya baca al-Quran

SETIAP kali Ramadan, kita lihat ramai mengikuti kumpulan tadarus al-Quran sehingga berjaya khatam. Semangat ini sangat baik untuk diteruskan walaupun Ramadan berlalu. Firman Allah dalam

Yayasan Ikram Miri santuni asnaf

MEMBAWA semangat prihatin dan mengingati golongan memerlukan, Yayasan Ikram Miri melancarkan program sumbangan pek Ramadan bertujuan membantu murid daripada golongan asnaf. Melalui sumbangan tersebut, penerima

Pendarahan teruk apabila luka

Memandangkan hemofilia ialah penyakit sejak lahir dan biasanya diwarisi, ia dikatakan terjadi melalui gen atau baka ibu bapa yang mempunyai warisan genetik kromosom X. Oleh

Hemofilia perlu kesedaran awam

SAMBUTAN Hari Hemofilia pada 17 April setiap tahun dilakukan sejak 35 tahun lalu bermula pada 1989. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hemofilia ialah penyakit yang

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh