Trending

Sehari bersama, Mesra selamanya

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BEGITULAH slogan yang dilancarkan bagi pelaksanaan Hari Ikatan Silaturahim kram 2023 dengan kerjasama Muslimah Surau Baitul Makmur.

Program ini diadakan di pekarangan Surau Baitul Makmur pada 10 September 2023 lalu.

Ia dilaksanakan sempena Hari Kebangsaan Kali Ke-66 yang diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Pelbagai acara telah dilaksanakan iaitu pertandingan gubahan dan juga aktiviti aulad.

Bagi pertandingan gubahan, seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Taman Sri Makmur berentap menggayakan hasil gubahan mereka yang kreatif iaitu menghias dari bahan asas tuala.

TUGASAN

Wanita sangat sinonim dengan kreativiti dan juga kelembutan dalam ketangkasan mereka melaksanakan tugasan mereka.

Dengan melaksanakan pertandingan sebegini, daya kreatif dan juga perasaan gembira ketika menyiapkan hasil gubahan masing-masing dapat dicapai.

Dorongan dari pertandingan gubahan ini memberikan peluang kepada para peserta untuk meneroka kebolehan mereka dalam bidang gubahan.

Mereka diberikan masa dua minggu merancang hasil gubahan yang disiapkan selama satu jam setengah.

Aktiviti ini memberi mereka ruang untuk mencari keseimbangan antara pekerjaan, keluarga mahupun waktu untuk mendalami hobi kreatif mereka dan seterusnya berupaya merancang jadual harian mereka.

Sesi ini juga secara tidak langsung membolehkan para penganjur mengenali dan menghargai pencapaian kreatif para peserta wanita.

Paling penting, ia meningkatkan rasa percaya pada diri sendiri dan seterusnya memotivasikan diri mereka untuk terus berusaha.

Manakala, aktiviti aulad pula melibatkan seramai 23 orang kanak-kanak dari Taman Sri Makmur.

Mereka menyertai aktiviti mewarna dan juga aktiviti membezakan akhlak baik dan tidak baik.

MERIAH

Sedikit permainan juga diselit bagi memeriahkan aktiviti aulad.

Aktiviti untuk kanakkanak sangat penting untuk perkembangan fizikal, mental, sosial dan emosi mereka.

Aktiviti ini membantu mereka belajar, berinteraksi dengan rakan sebaya dan menjalani gaya hidup sihat.

Semoga pelaksanaan program ini dapat membina ikatan yang lebih kukuh dalam masyarakat, meningkatkan kesatuan dan rasa kejiranan.

Ini dapat membantu komuniti bekerjasama menangani cabaran dan mencapai matlamat bersama.

Selari dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 kali ini, “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”. 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Lenggok zapin Melayu

ZAPIN berasal dari tradisi Tarian Zafana Orang Arab dari Hadramaut,

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru