Trending

Sejahtera hati

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

DALAM menjalani hidup sementara ini, kita dituntut untuk mencari hati yang sejahtera.

Inilah kualiti hidup yang perlu dicari dan dinikmati. Malah, ia juga syurga dunia sebelum syurga akhirat.

Pun begitu, ramai yang lebih mementingkan kuantiti harta berbanding kuantiti jiwa.

Siang sehingga malam dihabiskan hanya untuk mengumpul harta tanpa memperduli kesucian jiwa.

Rumah semakin besar, tetapi jiwa semakin sempit. Harta semakin melimpah, tetapi hati semakin sakit.

Justeru, hati sejahtera ialah hati yang sentiasa memilih kebaikan dan keredaan Allah SWT.

Hati mati ialah hati yang “keras” kerana dimatikan Allah SWT disebabkan kesesatan dan tidak mematuhi perintah-Nya.

Allah SWT berfi rman di dalam al-Quran: “Apakah sama orang yang dilapangkan Allah SWT dengan cahaya petunjuk dan orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan?

Maka, kecelakaan besarlah bagi orang yang keras hatinya daripada menerima peringatan.

Mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang nyata.” (maksud az-Zumar: 22) Ibnu Mas’ud berkata: “Mukmin melihat dosa pada dirinya seolah-olah dia berada di bawah bukit yang akan menghempapnya, manakala munafi k melihat dosanya umpama lalat yang hinggap di atas hidungnya lalu menepis dengan tangannya dan terbanglah lalat tersebut.”

Rendah kualiti jiwa menyebabkan timbulnya sifat mazmumah. Ini menimbulkan masalah kepada pemiliknya dan orang lain seperti sifat marah, sombong, hasad dengki dan sebagainya.

Oleh itu, tanpa ketenangan, tidak ada gunanya kesenangan. Harta, wang, pangkat dan segalanya tidak mampu ditukar ganti dengan ketenangan jiwa.

Rasulullah SAW bersabda: “Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, tetapi kekayaan (yang sebenarbenarnya) ialah kaya jiwa.” (maksud hadis riwayat Mutafaq’alaih)

KEMANISAN IMAN

Mukmin memiliki keajaiban dalam kehidupan. Bilamana mendapat nikmat, dia bersyukur.

Apabila ditimpa musibah, dia mendapat hikmah. Semuanya kelihatan indah kerana dia mendapat halawatul iman atau kemanisan iman.

Kemanisan iman inilah yang mencukupkan segala bentuk keperluan sama ada kebendaan, pemikiran, perasaan atau jiwa.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: “Ada tiga keadaan seseorang merasai kemanisan iman: Satu menjadikan Allah dan Rasul-Nya sebagai yang paling dicintainya daripada selain kedua-duanya.

Kedua mencintai orang lain kerana Allah. Ketiga, benar-benar membenci untuk masuk ke dalam neraka.” (maksud hadis riwayat Bukhari, An-Nasa’i dan Ahmad) Malah, kemanisan iman berkadar terus dengan kesempurnaan iman dalam hati.

Semakin sempurna, teguh dan kukuh iman seseorang, maka semakin manislah iman itu dirasai olehnya.

Oleh itu, bukan semua yang mengakui beriman dapat merasai kemanisan iman.

Iman bukan dengan kata-kata ataupun anganangan, ia perlu diperkukuh dengan perbuatan serta pengorbanan.

Dalam satu hadis sahih bahawa suatu hari Jibril ‘alayhissalam menyerupai lelaki dan menemui Nabi Muhammad SAW, disaksikan oleh beberapa orang sahabat.

Kemudian Jibril bertanya beberapa soalan dan antaranya ialah tentang iman.

Ketika Jibril bertanya apakah yang dimaksudkan dengan iman, Rasulullah SAW menjawab: “(Iman adalah) engkau beriman kepada Allah dan malaikat-Nya, kitab-Nya, rasul-Nya, hari akhirat dan engkau beriman dengan qadar baik dan buruk.” (maksud hadis riwayat Muslim)

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru