Analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 menunjukkan peningkatan prestasi bagi 69 mata pelajaran, 24 mata pelajaran mencatatkan penurunan, manakala dua mata pelajaran lagi kekal atau tidak berubah.
Menurut perkongsian KPM, tiga daripada empat mata pelajaran elektif STEM iaitu kimia, biologi dan fizik juga menunjukkan peningkatan prestasi.
Manakala, mata pelajaran Sejarah mencatatkan peningkatan prestasi tertinggi iaitu sebanyak 0.23 mata.