ARTIKEL

SEJARAH DAN MISTERI JERUNEI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MASYARAKAT Melanau sinonim dengan sejarah jerunei terutama di Kampung Tellian, Mukah kerana ia melibatkan kisah rakyat, adat dan kepercayaan kaum tersebut.

Jika dikaji lebih terperinci, ia merupakan sejarah dan adat pengebumian golongan bangsawan Melanau.

Jerunei merupakan lambang bersejarah bagi masyarakat Melanau, ia dijadikan tempat persemadian golongan bangsawan suatu ketika dahulu.

Namun, upacara pengebumian menggunakan jerunei tidak lagi diamalkan pada masa kini atas faktor peralihan tamadun lebih moden.

Jerunei diperbuat daripada kayu belian bersaiz besar agar tahan lebih lama dan tidak dipengaruhi cuaca sama ada panas mahupun hujan dan tahan sehingga ratusan tahun.

Bahagian tiangnya, terdapat dua atau tiga lubang untuk menempatkan mayat atau rangka tulang mayat dan barang bernilai milik si mati ketika hayatnya.

Manakala, lubang di bahagian atas, dikhaskan kepada hamba atau orang yang dipilih oleh si mati semasa hidupnya.

Sementara itu, di bahagian luar tiang Jerunei, lazimnya dihiasi ukiran bermotifkan binatang seperti harimau, naga dan sebagainya bergantung kepada kedudukan atau darjat pemilik.

Sejarah jerunei mungkin tidak ramai yang tahu, amnya masyarakat di Malaysia, kerana ia tidak didedahkan secara meluas.

Mengangkat sejarah tersebut, Pengarah Eksekutif Produksi Seni Duapuluh Duapuluh Sdn Bhd, Datin Dr Wendy Wong dan Datuk Nancie Foo mengambil langkah berani mempromosikan cerita adat Melanau di layar fi lem menerusi Sumpahan Jerunei.

FILEM SEJARAH

Tayangan fi lem dijadualkan di pawagam seluruh negara pada Julai tahun ini selepas dua tahun ditangguhkan.

Gabungan misteri dan sejarah bangsawan Melanau itu bukan sekadar mengangkat elemen seram, tetapi nilai rujukan legasi antara etnik utama di Sarawak.

Filem Sumpahan Jerunei secara tidak langsung mendokumentasikan sejarah yang menggambarkan estetika kaum Melanau.

“Cerita ini mengisahkan sekumpulan penyelidik yang di ketuai Profesor Dr Sani, dia dianiaya oleh ketua kampung untuk mengalihkan tiang jerunai bertujuan membangunkan tanah tersebut.

“Tetapi, kumpulan penyelidik pertama hilang. Ketua kampung tersebut mempunyai niat jahat disebalik arahannya terhadap kumpulan penyelidik untuk memindahkan tiang jerunai.

Semasa proses pemindahan barulah terbongkar cerita di sebalik tiang jerunai,” katanya.

Ditanya tentang pemilihan jerunei sebagai fi lem, Wendy berkata pihaknya mahu mendedahkan sejarah kepada masyarakat luar.

Katanya, sejarah tersebut masih kurang diketahui, bahkan bagi rakyat Sarawak sendiri.

Ia sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk mendidik masyarakat tentang sejarah tersirat di Bumi Kenyalang.

“Sebelum keputusan untuk membuat fi lem tersebut, kami sudah menjalankan penyelidikan kisah sejarah itu, kami mendapatkan informasi lengkap tentang jerunei termasuk pada awalnya tidak ramai yang tahu sejarah tersebut.

“Jika masyarakat Dayak, terkenal dengan tradisi potong kepala suatu ketika dahulu, perkara itu sudah diketahui, namun sejarah Melanau menerusi adat dan kepercayaan jerunei, masih ramai yang tidak tahu,” katanya.

PERKONGSIAN LENGKAP

Wendy dan rakan seperjuangannya serta produksi mengambil langkah berani untuk mengangkat kisah sejarah kaum Melanau di pentas lebih tinggi.

Ia sebagai usaha promosi dan memperkenalkan sejarah dan tradisi sesuatu kaum di Sarawak yang mungkin ramai tidak tahu akan kewujudannya suatu ketika dahulu.

Baginya, ia merupakan sejarah unik selain mengangkat adat dan budaya lama untuk didedahkan kepada generasi baharu sebagai pengetahuan.

“Perbezaan yang dibawakan fi lem Sumpahan Jerunei bukan sekadar kisah seram, tetapi pada masa sama mahu menjadikannya sebagai naskhah yang mampu dijadikan rujukan.

“Filem yang berlatarbelakangkan sejarah penting ini diharapkan dapat meraih perhatian masyarakat Malaysia sebagai satu representasi sejarah penting jerunei ke layar perak,” ujarnya.

Filem seram Sumpah Jerunei dibintangi barisan pelakon hebat tanah air seperti Bront Palarae, Uqasha Senrose, Syafi e Naswip, Daiyan Trisha, Amerul Affendi, Tony Eusoff dan banyak lagi.

BERITA LAIN

Periksa kesihatan percuma

PROGRAM pemeriksaan kesihatan percuma diadakan kepada ibu bapa, guru, termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Siol Kanan sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Siol

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.