ARTIKEL

Sejuta penduduk Malaysia alami kemurungan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Sejuta atau 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami kemurungan, demikian menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 yang dikeluarkan pada Khamis.

NHMS 2023: Penyakit Tidak Berjangkit dan Permintaan Jagaan Kesihatan itu yang dilaksana bagi mengumpul maklumat kesihatan dan prevalens dalam kalangan penduduk negara ini, dilancarkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Kementerian Kesihatan (KKM). 


Menurut dapatan utama NHMS 2023 bilangan penduduk yang mengalami kemurungan meningkat dua kali ganda dari 2019 hingga 2023.

“Hampir separuh daripada mereka telah berfikir untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri,” menurut laporan itu. 


Selain itu, NHMS 2023 turut mendedahkan satu daripada enam kanak-kanak berusia lima hingga 15 tahun mengalami masalah kesihatan mental, dan beban masalah kesihatan mental dilapor meningkat dua kali ganda sejak 2019.


Antara faktor masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak adalah masalah dengan rakan sebaya, tingkah laku, emosi dan hiperaktif.


NHMS 2023 juga mendedahkan lebih daripada 500,000 orang dewasa atau merangkumi 2.5 peratus dewasa di Malaysia menghidap empat penyakit tidak berjangkit iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, dan obesiti.


Dalam sidang media selepas melancarkan NHMS 2023, Dr Dzulkefly berkata trend peningkatan prevalens orang dewasa yang berlebihan berat badan dan obesiti memerlukan perhatian serius serta tindakan segera oleh KKM. 


“Antara satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan prevalens ini adalah pengambilan gula berlebihan.


“Bagi membendung masalah ini, kerajaan telah melaksanakan pendekatan langkah fiskal iaitu mengenakan cukai eksais kepada minuman bergula dan minuman pracampuran yang diterajui oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia,” katanya. 


– Bernama

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU

Zii Jia juara Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas  merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 dengan menewaskan wakil Jepun

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat