ARTIKEL

Sejuta penumpang selepas enam bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan terkemuka semasa Malaysia, MYAirline dengan bangganya mengumumkan satu pencapaian penting ketika ia meraikan penerbangan lebih sejuta penumpang.

MYAirline berkata, peristiwa penting itu ditanda apabila penumpang dari Kuching tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 3 petang Isnin, yang mereka disambut dengan kejutan istimewa di kawasan bagasi.

“Di pintu ketibaan, penumpang menerima kotak kejutan yang mengandungi pelbagai hadiah percuma termasuk koleksi barangan eksklusif MYAirline, dan baucar tunai yang ditaja oleh Plaza Premium Lounge,” katanya.

Syarikat penerbangan itu kemudian menambah, seramai 10 penumpang bertuah menerima tiket penerbangan pergi balik ke destinasi utama dalam Malaysia yang dikendalikan oleh MYAirline.

“Hanya dalam tempoh lebih enam bulan beroperasi, MYAirline berjaya menerbangkan lebih sejuta penumpang merentasi sembilan laluan domestik di Malaysia.

“Sejak penerbangan sulung pada 1 Disember 2022, MYAirline telah menghubungkan Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi popular termasuk Kota Kinabalu, Kuching, Kota Bharu, Langkawi, Pulau Pinang, Sibu, Tawau, Miri, dan laluan antara bandar yang menghubungkan Kota Kinabalu dan Tawau,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline Rayner Teo memaklumkan, syarikat penerbangan itu teruja untuk meraikan pencapaian luar biasa ini yang melepasi satu juta penumpang selepas enam bulan sejak pelancaran penerbangan pertamanya.

“Kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa sokongan dan kepercayaan berterusan penumpang yang dihargai.

“Kami tetap komited untuk menyediakan perkhidmatan yang luar biasa dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sekali gus terus berkhidmat kepada komuniti MYAirline,” jelasnya.

Untuk memperingati peristiwa penting ini, MYAirline mendedikasikan hari istimewa itu kepada penumpangnya dan komuniti MYAirline yang lebih luas.

Syarikat penerbangan itu berbesar hati untuk meraikan pencapaian tersebut, memastikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi semua mereka yang telah menyumbang kepada perjalanan yang luar biasa syarikat berkenaan.

BERITA LAIN

Gas asli pastikan lampu rumah menyala

KEKAYAAN sumber gas asli yang ditemukan di ketiga-tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – di negara ini, membolehkan penduduk menikmati bekalan tenaga mampu

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Jadi usahawan berinovasi

KUCHING: Usahawan Bumiputera perlu menghapuskan sikap kebergantungan kepada kerajaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP