ARTIKEL

Sekat kemasukan warga China serta-merta, bawa pulang pelajar kita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Kerajaan Sarawak melaksanakan sekatan kemasukan warga China ke negeri itu berkuat kuasa semalam.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu bagi mengekang penularan wabak novel koronavirus di Sarawak.

Katanya keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan terkini wabak itu yang sudah merebak di kawasan lain di China.

“Sebagai langkah pencegahan, kita tidak akan membenarkan kemasukan warga China ke Sarawak ketika ini.

“Penyakit tidak hanya berlaku di wilayah Hubei sekarang merebak di tempat lain di China,” katanya.

Setakat ini, bilangan pelajar yang terdapat di Wilayah tersebut belum diketahui.

“Kita tidak tahu bilangan tepat pelajar Sarawak di China, tetapi kita akan bekerjasama rapat dengan duta besar Malaysia di Beijing untuk memantau perkembangan pelajar kita.

“Kita akan bawa balik pelajar kita yang ada di sana,” katanya lagi.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU