Sekat rentas daerah serta-merta

KUCHING: Dalam situasi semasa jangkitan Covid-19 di Sarawak, tiada lagi daerah berstatus hijau jika semua aktiviti sosial dan pergerakan rentas bahagian tidak dikurangkan secara drastik.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian berkata, usaha itu penting bagi mengekang penularan wabak dalam kalangan komuniti sekali gus menurunkan kadar jangkitan.

“Seperti yang kita lihat, kebanyakan kes positif berpunca daripada perhimpunan sosial, tempat kerja dan pergerakan antara daerah serta bahagian.

“Justeru, jika kita tidak mengurangkan aktiviti sosial seperti perkahwinan, sambutan hari jadi, perayaan dan banyak lagi, dengan keadaan kes jangkitan yang tinggi ketika ini, Sarawak tidak akan lagi mempunyai daerah zon hijau,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, semalam.

Beliau turut menggesa orang ramai menjaga penjarakan sosial di tempat kerja, kurangkan mesyuarat bersemuka, kursus dan makan bersama serta menggunakan dalam talian untuk berhubung.

“Sarawak sedang menghadapi situasi yang lebih buruk daripada sebelum ini, terutama dengan kakitangan kesihatan semakin keletihan dan peralatan seperti mesin bantuan pernafasan tidak mencukupi.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 15 Apr 2021

Suara Sarawak