Trending

Sekitar 15,000 penduduk meriahkan sambutan TBC PDP

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Abang Johari serta isteri, bersama-sama Tiong dan kenamaan lain menggaul Yee Sang pada Rumah Terbuka TBC PDP dan Ahli Parlimen Bintulu di Dewan Suarah Bintulu.

BINTULU : Sekitar 15,000 penduduk bahagian ini menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 anjuran Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing yang diadakan di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

Orang ramai mula membanjiri Dewan Suarah Bintulu seawal jam 8 pagi untuk sama-sama memeriahkan acara tahunan yang antara lain bertujuan mengeratkan hubungan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama.


Tiong menyampaikan cenderahati berupa dua ekor ikan empurau kepada Abang Johari.

Kehadiran kepelbagaian kaum itu membuktikan masyarakat di bahagian ini sememangnya mempunyai ikatan kukuh serta semangat perpaduan yang tinggi.

Rumah Terbuka TBC PDP dan Tiong pada tahun ini kembali meriah setelah dua tahun tidak dianjurkan akibat pandemik Covid-19, turut dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Sejurus tiba di Dewan Suarah Bintulu pada jam 11.30 pagi, Abang Johari diiringi ke pentas utama dewan bagi melakukan Yee Sang dan memotong kek TBC bersama-sama tetamu kenamaan lain.

Hadir sama Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap ADUN Kemena Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi, YB Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin dan lain-lain.

Tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan dari penyanyi dan penari sekitar Bintulu.

Majlis berkenaan merupakan antara acara tahunan PDP bersama-sama masyarakat sekitar sini bagi meraikan sambutan TBC dalam suasana yang meriah dan harmoni.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol