Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Sekitar 70 persatuan dalam kawasan Satok menerima geran MRP

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Adun Satok Datuk Ibrahim Baki Foto: Alief Noni
Adun Satok Datuk Ibrahim Baki
Foto: Alief Noni

KUCHING: Sekitar 70 kumpulan penerima mendapat geran projek kecil luar bandar (MRP) daripada Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N8 Satok, hari ini.

Antara yang menerima terdiri daripada kelab, pertubuhan, persatuan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan lain-lain dalam kawasan Satok.

SERAH… Ibrahim menyerahkan geran MRP kepada salah seorang penerima dari kawasan Satok

Penyerahan MRP turut disempurnakan oleh Adun Satok Datuk Ibrahim Baki sebagai penutup program sumbangan sebelum bertemu tahun baharu.

Menurutnya, sumbangan yang diberikan merupakan satu usaha untuk membantu masyarakat, khususnya dalam kawasan Satok dari pelbagai aspek.

“Bagi pihak sekolah, surau, masjid dan lain-lain, dana ini sedikit sebanyak dapat membaik pulih keadaan bangunan atau membantu untuk menganjurkan program tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan program penyampaian MRP kepada persatuan dalam kawasan Satok di Pusat Khidmat PBB N8 Satok, di sini, hari ini.

Beliau turut meluahkan harapan agar sumbangan ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung golongan yang kurang bernasib baik.

“Kita mahu bantuan ini dapat membuahkan manfaat sebanyak mungkin kepada komuniti, khususnya di kawasan Satok,” jelasnya ringkas.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru