ARTIKEL

Sekolah baharu buat penduduk Kujang Mawang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Penduduk di Kujang Mawang bakal mendapat manfaat pendidikan selepas sebuah Sekolah Kebangsaan (SK) bakal ditubuhkan di kawasan terbabit.

Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, pembinaan sekolah terbabit sudah dilaksanakan pada peringkat fasa awal bermula tahun ini.

“Selasa lalu, saya telah melawat ke tapak sekolah baharu yang akan dibina iaitu SK Kujang Mawang yang merupakan salah satu projek di bawah peruntukan RM1.2 bilion sekolah daif.

“Hasil lawatan, kita mendapati pembinaannya telah pun bermula dan pihak kontraktor mula bekerja sekali gus memastikan progres pembinaan berjalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Insentif kepada pelajar cemerlang Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) di Hotel Roxy, di sini, hari ini.

Setakat tahun 2022, jumlah sekolah rendah di bahagian Serian adalah sebanyak 99 buah.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

BERITA TERBARU

Lagu Telai Belalai mantai penyelai Sarawak

KUCHING: Ex-Mrs Global Asian 2023 ti mega siku ex-pegawai bank, Kimi Tomas mujur ngeluar enggau ngelancharka lagu baru iya ti pejuluk Telai Belalai. Dulu agi