ARTIKEL

Sekolah di kawasan bandar juga memerlukan pengisian guru

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Presiden KGBS Zulkiflee Sebli

KUCHING: Pengambilan 50 peratus guru-guru baharu kelak perlu ditempatkan di kawasan bandar juga, kata Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS).

Menurutnya presidennya Zulkiflee Sebli, kehadiran guru baharu yang bertugas nanti tidak seharusnya ditempatkan di sekolah kawasan pedalaman sahaja.

“Sekolah-sekolah di dalam bandar juga harus diberi tumpuan. Masalah kekurangan guru ini bukan sahaja berlaku di sekolah pedalaman, tetapi juga berlaku di kawasan dalam bandar.

“Justeru, kita harap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dapat mempertimbangkan untuk mengisi 100 peratus kekosongan yang ada.

“Ia bertujuan agar proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat berjalan dengan lancar,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Sehubungan itu katanya, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mahupun Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dapat mengenal pasti senarai sekolah yang memerlukan guru-guru ini menerusi data yang ada.

Oleh itu, KPM boleh bertindak dari sekarang untuk melihat sekolah-sekolah yang mengalami kekurangan guru yang kritikal agar dapat menampung kekurangan ini.

“Jangan ada berlaku lambakan guru yang melebihi keperluan di sesebuah sekolah. Guru-guru yang dihantar mestilah memenuhi keperluan yang diperlukan,” katanya ringkas.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU