ARTIKEL

Sekolah menengah K-pop dibuka di Busan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEOUL: Sebuah sekolah menengah yang khusus dalam mendidik pelajar berkaitan K-pop dan persembahan berkaitan bakal dibuka di Busan, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pihak berkuasa pendidikan tempatan pada Ahad.

Pejabat Pendidikan Bandaraya Metropolitan Busan berkata sebuah sekolah menengah yang bakal ditutup tidak lama lagi diubah suai menjadi sekolah menengah awam khusus dan dijadual dibuka pada Mac 2018.

Sekolah yang terletak di Busan, sekitar 320 kilometer tenggara Seoul itu bakal menjadi sekolah awam pertama dengan pengkhususan K-pop.

Pelajar di seluruh negara serta penuntut antarabangsa layak mendaftar di sekolah terbabit dan sekolah itu bakal menyediakan pelajaran berkaitan vokal, tarian dan instrumen serta kesenian lain.

Pembinaan sekolah itu bertujuan menyediakan pembelajaran khusus untuk pelajar sejajar dengan industri K-pop yang semakin berkembang, menurut pejabat itu.

Di Korea Selatan, agensi hiburan utama mengendalikan sistem latihan idola K-pop yang terkenal dengan kem latihan dan proses sistematik yang ketat untuk debut artis baharu. – Bernama-Yonhap

LAIN-LAIN BERITA

Penghormatan terakhir buat Kiptum

ELDORET: Beratus-ratus orang berkumpul di hab olahraga Kenya di Eldoret pada Khamis untuk penghormatan terakhir bagi pelari maraton dunia, Kelvin Kiptum yang meninggal dunia pada

Mangsa Gaza saman kerajaan Jerman

BERLIN, Jerman: Mangsa serangan Israel memfailkan aduan jenayah terhadap pegawai tinggi kerajaan Jerman kerana menyokong jenayah perang Israel dan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza,

Koleksi peribadi Elton John dilelong

NEW YORK: Hampir AS$100,000 kasut perak monogram Elton John dan sekitar AS$2 juta untuk lukisan kembar tiga oleh artis jalanan Banksy daripada koleksinya, iaitu barangan

Jokowi rasmi pelabuhan kedua terbesar

JAKARTA: Presiden Joko Widodo atau Jokowi pada Khamis merasmikan Makassar New Port di Sulawesi Selatan yang matlamatnya untuk meningkatkan kecekapan logistik di timur Indonesia, ketika

BERITA TERBARU