ARTIKEL

Sektor pembuatan dijangka catat pemulihan kukuh pada separuh kedua 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sektor pembuatan Malaysia dijangka mencatatkan pemulihan yang kukuh pada separuh kedua 2024 dan indeks pembuatan diunjurkan berkembang 4.6 peratus pada tahun ini, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (KIB).

Dalam nota penyelidikan, katanya pemulihan sektor pembuatan akan didorong oleh kitaran teknologi pada separuh kedua 2024 dan pemulihan pascapandemik secara berperingkat di China.

 “Bank turut menjangka pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang kepada 4.9 peratus pada tahun ini.

“Kami mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK kami bagi suku keempat 2023 pada 3.7 peratus berbanding anggaran awal 3.4 peratus oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM),” katanya. 

Sementara itu, dalam nota berasingan, Public Investment Bank Bhd menjangka prospek pertumbuhan yang lebih baik untuk sektor perindustrian pada 2024.

Katanya pada 2023, sektor pembuatan dan perlombongan menunjukkan peningkatan sederhana, masing-masing sebanyak 0.7 peratus dan 0.8 peratus manakala sektor elektrik mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 2.5 peratus.

“Sektor pembuatan merosot kepada -1.4 peratus tahun ke tahun pada Disember berbanding -0.1 peratus pada November.

“Sementara itu, sektor elektrik naik 4.6 peratus pada Disember berbanding 4.3 peratus pada November,” menurut firma penyelidikan itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024

SERDANG, Selangor: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk

Pertingkat usaha bantu PKS tembusi pasaran luar

SAMARKAND: Usaha membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia menembusi pasaran luar negara perlu dipertingkat bagi mengangkat kedudukan syarikat berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri

BERITA TERBARU

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,