ARTIKEL

Sektor perhutanan Sarawak sasar pengiktirafan di peringkat global

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sektor perhutanan di Sarawak mensasarkan pengiktirafan di peringkat global dalam pengurusan hutan tropika dan pemuliharaan biodiversiti yang mapan sekaligus meningkatkan pertumbuhan pesat industri kayu di negeri ini.

Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Datuk Zaidi Mahdi berkata, perkara tersebut selaras dengan salah satu aspirasi Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 Sarawak 2030 untuk menjadikan negeri ini sebagai pusat kecemerlangan dalam pemuliharaan biodiversiti.

“Strateginya adalah untuk menemui dan mendokumentasikan kepelbagaian flora dan fauna di Sarawak.

“Justeru Kerajaan Sarawak mengalu-alukan kerjasama dari negara lain, seperti projek Perkongsian Penyelidikan Sains dan Teknologi untuk Pembangunan Lestari (Satreps) ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan perasmian Bengkel Satreps-Pubs yang dibacakan oleh Ketua Pentadbiran, Pengurusan Perkhidmatan dan Kewangan, Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Hairani Mohamad Ismail  di Hotel Imperial, di sini, hari ini.

Hadi sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Zolkipli Mohamad Aton.

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.