Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Sektor pertanian Sarawak ke arah pertanian pintar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sektor pertanian di Sarawak bakal mengalami perubahan drastik dalam tempoh lima tahun akan datang dengan mengaplikasikan pertanian pintar kata Dr Sachin Gupta, Pengarah Program Penyelidikan Pembangunan Perniagaan, Perbadanan Mesin Perniagaan Antarabangsa (IBM) Asean.

Menurutnya usaha itu merupakan salah satu daripada strategi mentransformasikan ekonomi digital di negeri ini, selaras dengan visi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, yang mahu Sarawak menjadi barisan hadapan dalam dunia digital.

Katanya, Sarawak mempunyai potensi yang besar dalam sektor pertanian, kerana keadaan alam semula jadinya yang mempunyai tanah yang kaya dengan mineral, corak taburan hujan yang baik dan bekalan air mencukupi untuk pertumbuhan tanaman.

“Dengan teknologi yang mengunakan ‘Objek Rangkaian Internet’ (IoT) dan ‘Data Raya’, ia dapat membantu petani mengendalikan dan mengawal peralatan pengairan mereka dari jauh, selain membantu mereka memantau kelembapan, pertumbuhan dan tahap tekanan tanah.

“Dalam pada itu, ia juga membantu meningkatkan produktiviti dan hasil tani. Dengan pertanian pintar yang menggunakan teknologi terkini, ia mampu membantu petani mengenal pasti permasalahan yang boleh merosakan tanaman mereka,” katanya kepada Bernama ketika ditemui semasa Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2019 di Pusat Konveksyen Borneo Kuching, di sini, semalam.

Baca lain  Graduan perlu tambah kemahiran hadapi saingan pekerjaan

Mengulas lanjut, Gupta berkata, teknologi tersebut bukan sahaja akan menjadi pemangkin meningkatkan kuantiti, kualiti dan kelestarian, malah mampu menjadikan sektor pertanian lebih kos efektif.

“Pertanian menjadi lebih kos efektif apabila semua maklumat di seluruh kawasan tanaman direkodkan dalam satu sistem yang dikenali sebagai ‘Data Analytic’, yang disimpan di ‘Cloud’ bagi memudahkan ia dirujuk di masa akan datang, tanpa melakukan kajian yang mungkin memakan masa dan kos,” katanya.

Gupta berkata tidak dinafikan ramai petani masih tidak boleh menerima perubahan yang memerlukan mereka mahir dalam teknologi, namun dengan keinginan dan semangat mahu berubah ke pertanian moden, beliau percaya ianya akan berjaya, dan sekali gus menjadikan Sarawak pengeluar hasil tani utama dunia.

Sementara itu Abang Johari berkata, baru-baru ini kerajaan negeri telah mula melaksanakan pertanian pintar di Kuching, dengan menggunakan peranti IoT untuk memantau persekitaran ladang, bagi meningkatkan produktiviti tanaman.

“Kita tidak boleh ketinggalan dari segi penggunaan teknologi digital untuk pertanian, dan mengaplikasikan pertumbuhan ekonomi digital yang dapat memberikan manfaat kepada rakyat.

Baca lain  50 menu buka puasa di UCSI

“Justeru itu, untuk mempercepatkan perjalanan ke arah itu, Sarawak akan bekerjasama dengan beberapa pemain teknologi digital antarabangsa. Rakan strategik ini akan membantu Sarawak dari segi penyelidikan inisiatif digital baharu, untuk menyokong pembangunan ekonomi digital Sarawak,” katanya ketika berucap pada persidangan tersebut.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru