Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Sekurang-kurangnya 70 kerusi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Alexander Nanta

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) meletakkan sasaran menang sekurangkurangnya 70 kerusi Dun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menurut Ahli Parlimen Kapit itu, seperti PRN Ke-11 yang lalu, blok mereka kan bertanding di kesemua 82 kerusi Dun yang dipertandingkan di negeri ini.

“Pada pilihan raya 2011 lalu, kita berjaya memenangi sebanyak 72 kerusi. Tetapi selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2016, landskap politik negara berubah dan kita membentuk parti baharu GPS.

“Jadi sekarang sekitar 68 kerusi di bawah GPS. Sekarang saya melihat GPS masih mampu untuk memenangi sekitar 70 kerusi,” ujarnya pada temu khas bual khas bersama Suara Sarawak, pada Ahad.

Mengulas mengenai cara pembahagian kerusi parti komponen GPS yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) katanya, ia sama seperti pilihan raya sebelum ini.

“Kita membahagikan kerusi calon berdasarkan penyandang sedia ada. “Contohnya PBB akan meletakkan calon Adun sedia ada untuk bertanding di kawasan yang sama, begitu juga dengan parti lain.

“Calonnya mungkin bertukar, tetapi parti komponen yang bakal bertanding mewakili GPS di kawasan akan kekal,” ujarnya.

Tambahnya, GPS menggunakan prinsip sedia ada dengan menyandarkan parti komponen sedia ada bertanding cuma jika ada pertukaran pada saat-saat akhir, ia memerlukan rundingan bersama.

“Kita meletakkan kepada kebijaksanaan kepimpinan parti komponen memilih dan dalam masa yang sama menggalakkan calon muka baharu. “Yang paling penting kesemua calon kita boleh menang,” tegasnya.

Dengan PRN Ke-12 yang dijangka diadakan tidak lama lagi, blok pembangkang terbesar iaitu Parti Sarawak Bersatu (PSB) menyatakan hasrat bertanding di semua 82 kerusi Dun dan menolak tawaran Pakatan Harapan (PH) Sarawak untuk pembahagian 30 peratus kerusi. Untuk rekod, pada PRN 2011, Sarawak yang diterajui Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem (Allahyarham Pehin Sri Tok Nan) ketika itu melakukan kejutan apabila menang besar sebanyak 72 kerusi berbanding sasaran asal 70 kerusi.

Ketika itu, secara keseluruhan pihak pembangkang hanya memenangi 10 kerusi dengan tujuh daripadanya dikuasai Parti Tindakan Demokratik (DAP). Sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di 41 kerusi, hanya mampu mengekalkan tiga kerusi yang dimenanginya sebelum ini iaitu Batu Lintang, Krian dan Ba’kelalan. Empat lagi parti bertanding iaitu PAS, Parti Amanah Negara, Parti Reformasi Sarawak dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru gagal memenangi sebarang kerusi. Manakala kesemua 35 calon bebas kalah.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan