Selain Kluster Pasai, wujud satu jangkitan tempatan yang membimbangkan!

SIBU: Jangkitan tempatan yang bukan membabitkan Kluster Pasai di kawasan bandar ini sangat membimbangkan.
Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Kaunselor Clarence Ting Ing Horh berkata, semalam sahaja Sibu mencatatkan 40 kes tempatan daripada 120 kes keseluruhannya.
Kata beliau, 40 kes itu adalah jangkitan tempatan yang belum diketahui puncanya serta masih dalam siasatan.
“Semalam terdapat satu lagi lonjakan positif Covid-19 di Sibu. Daripasa 120 kes, 40 kes abukan Kluster Pasai.
“Semalam juga Ahli Dewan Negara Senator Robert Lau Hui Yew memantau kluster yang tersebar di seluruh komuniti Iban di sebuah rumah panjang di Tanjung Penasu.
“Ia bermula di Pasai Siong yang berjarak 40km, sekarang telah merebak ke rumah panjang dalam kawasan seliaan MPS,” tegas beliau sebentar tadi.
Ting menjelaskan, sudah lebih dari 10 hari sejak jangkitan pertama seramai 37 orang positif COVID-19 di Pasai Siong diumumkan pada 9 Januari lalu Kluster Pasai terus merebak.
“Pihak berkuasa yang berkenaan perlu membuat keputusan segera dengan mengenakan tindakan yang lebih drastik lagi.
“Kita bimbang kalau ada kluster lain kemungkinan dapat dikesan memandangkan kawasan bandar sudah dijangkiti sebanyak 40 kes semalam yang bukan dalam kalangan Kluster Pasai serta tidak diketahui dari mana puncanya,” kata beliau.
Ting menyarankan agar ppejabat tidak beroperasi pada waktu begini.
“Ambil cuti jika perlu, virus Covid-19 ini ada di mana-mana sahaja di bandar Sibu sekarang,” tegas beliau sambil menjangkakan kes harian Covid-19 di Sibu hari ini tetap meningkat.