Selamat bertugas cikgu!

KUCHING: Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Kerajaan Sarawak kini bekerjasama dengan Sarawak Volunteer untuk membawa pulang guru dari luar Sarawak yang terkandas untuk kembali berkhidmat di 188 sekolah di Sarawak pada 24 Jun ini.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Datuk Sri Micheal Manyin Jawong berkata, seramai 2,664 guru dari luar Sarawak ini akan pulang kembali ke Sarawak menggunakan penerbangan.

“Sepatutnya 2,664 guru ini melopor diri pada 9 Jun yang lalu namun kerana masalah kekurangan penerbangan dan harga tiket penerbangan yang mahal menyebabkan mereka terkandas.

“Menerusi kerjasama dengan Sarawak Volunteer ini, JPNS akan berbincang untuk memudahkan proses bagi mendapatkan dan menempah penerbangan dengan mendapatkan maklumat semua guru yang terkandas ini,”katanya.