Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Selamat Gawai: Kerajaan terpaksa ambil langkah tidak popular demi keselamatan rakyat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Kerajaan Sarawak terpaksa mengambil langkah tegas dan tidak popular demi keselamatan rakyat di sebalik peningkatan ancaman pandemik Covid-19 di negeri ini.

Sarawak setakat Ahad merekodkan 46,675 kes jangkitan dengan 284 kematian, termasuk empat kematian semalam.

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, perintah larangan rentas negeri dan zon di bawah perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari berkuat kuasa dari 29 Mei hingga 11 Jun menyebabkan masyarakat Dayak tidak boleh kembali ke kampung halaman dan rumah panjang mereka.

“Saya mohon ampun dan maaf kerana saudara dan saudari semua tidak boleh pulang ke kampung halaman dan rumah panjang kerana larangan rentas negeri dan zon yang dilaksanakan demi keselamatan kita semua daripada bahaya Covid-19,” katanya dalam perutusan sempena hari Gawai Dayak yang disambut masyarakat Dayak di negeri ini esok.

Jelas beliau, penganjuran majlis sosial bagi pelbagai tujuan telah mencetuskan kluster jangkitan Covid-19 di negeri ini, jadi beliau menyeru masyarakat Dayak agar berhati-hati menyambut perayaan kali ini.

“Janganlah lupa akur kepada SOP walaupun dalam ahli keluarga terdekat. Jaga jarak, kerap cuci tangan, pakai pelitup muka, kerap cuci atau sanitasi tangan,  jangan berkongsi cawan, pinggan dan mangkuk, jangan berjabat tangan, berpeluk dan sebagainya,” jelasnya.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News