ARTIKEL

KUANTAN, 24 Ogos -- Petugas Kuantan Medical Centre (KMC) bersama-sama mengangkat Jalur Gemilang yang dihasilkan dari botol mineral dan minuman terpakai untuk dipasang di hadapan hospital tersebut ketika tinjauan fotoBernama di sini. Sebanyak 979 botol terpakai digunakan untuk menghasilkan Jalur Gemilang berukuran 20 kaki panjang dan lima kaki lebar dalam masa dua hari untuk disiapkan dengan penglibatan lebih 100 petugas KMC. Manakala proses pengumpulan botol terpakai tersebut memerlukan masa lebih dua bulan untuk mengumpulkan botol terpakai yang disumbangkan oleh doktor, kakitangan hospital dan pesakit. Idea menghasilkan Jalur Gemilang dari botol terpakai tercetus semasa mereka berbincang mencari kelainan bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan selari dengan konsep kitar semula. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Selamat Hari Kebangsaan 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SAMBUTAN Hari Kebangsaan pada 31 Ogos wajar dipelihara dan diraikan oleh rakyat

Sarawak demi semangat keharmonian serta kejayaan Malaysia.

Bertemakan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan, ia menterjemah semangat perpaduan dan patriotisme tinggi serta membenih rasa cinta yang mendalam kepada negara.

Justeru, ia perlu diraikan dengan penuh semangat patriotisme bagi mengenang jasa pejuang kemerdekaan terdahulu yang bersusah payah memastikan Malaysia terus bebas daripada penjajah.

Setelah 66 tahun memerintah sendiri (bagi Semenanjung Malaysia), Malaysia sering dikaitkan dengan negara perpaduan yang membangun dalam kepelbagaian bangsa.

Malah, kepelbagaian bangsa itu juga sentiasa mengharapkan pembaharuan dan kemajuan diri atau negara.

Waima di Sabah dan Sarawak, 31 Ogos tersebut sentiasa disepakat untuk menjadi tarikh keramat dalam memupuk perpaduan dari peringkat sekolah rendah lagi.

Bagi Pengusaha Beachcinity Coffee, Mohd Izmal Jezeri, tarikh 31 Ogos sangat bermakna buat semua warga Malaysia.

Malah, dia sendiri sebagai usahawan menjadikan tarikh tersebut untuk menyediakan promosi di kedainya.

Malah, setiap rakyatnya bebas dalam kehidupan baik dari segi politik, ekonomi, sosial dan budaya tanpa sekatan yang tidak wajar.

“Semoga Hari Kebangsaan disambut pada tahun ini dapat memberi manfaat terutama dalam aspek memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Saya sendiri sebagai pengusaha kedai Beachncinity Coffee mengadakan promosi Merdeka di kedai saya di Mukah.

“Saya berharap promosi ini sedikit sebanyak dapat mengingatkan semua warga Malaysia bahawa bulan ini sangat bermakna buat kita semua,” katanya.

SEMARAK PERPADUAN

Sementara itu, bagi Pustakawan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Muhd Fikri Hakim, 31 Ogos sentiasa mengingatkan dirinya tentang peristiwa sejarah dan pengorbanan.

“Saya sangat teruja menantikan sambutan Hari Kebangsaan setiap tahun.

“Marilah kita mengingati pengorbanan pejuang terdahulu dan biarkan dedikasi mereka menyemarak keazaman kita untuk membina hari esok yang lebih cerah.

“Selamat Hari Kebangsaan, Malaysia, jangan lupa untuk laungkan ‘Merdeka’,” ujarnya.

Mahasiswi Universiti Malaysia Sarawak, Dayang Nurhashira Awang Hashim berkata, sebagai anak Malaysia, kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 merujuk kepada individu yang menjalankan hidupnya dengan penghormatan tanpa diskriminasi walaupun berbeza dari segi, budaya atau agama.

Malah, setiap rakyatnya bebas dalam kehidupan baik dari segi politik, ekonomi, sosial dan budaya tanpa sekatan yang tidak wajar.

“Nilai hormat-menghormati dan saling bertolak ansur menjadi penguat perpaduan antara rakyat di Malaysia.

“Saya sebagai pelajar universiti sering bergaul dengan ramai pelajar yang berbilang kaum, malah dari luar negara.

“Sifat bertolak ansur dan toleransi yang ditanam sejak sekolah rendah atas semangat 31 Ogos memudahkan kita menerima kepelbagaian di sekeliling,” ujarnya.

Bagi warga pendidik seperti Maznah Abdul Hamid, semangat 31 Ogos amat diperlukan untuk menyuburkan perasaan cinta akan negara.

Ujarnya, dia sentiasa cuba untuk menyelitkan konsep perpaduan dalam pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran

. “Konsep Hari Kebangsaan kini semakin luas.

Bukan setakat kebebasan daripada jajahan, namun cara kita berfikir, bertindak dan mengaplikasikan kebolehan yang boleh membantu negara dalam pelbagai aspek serta mendatangkan keuntungan sejagat.

“Kami sebagai pendidik, perlu memainkan peranan tegas dalam menyampaikan ilmu serta didikan secara berterusan kepada pelajar supaya mereka berada di landasan mencintai negara sendiri,” tegasnya.

BERITA LAIN

Teknik belajar berkesan

SERAMAI 27 pelajar menyertai program ‘Teknik Belajar Berkesan’ anjuran Jawatankuasa Masyarakat Ikram Kuching pada Sabtu lepas. Kesemua peserta terdiri daripada pelajar Tingkatan Tiga, Empat dan

Promosi pelbagai budaya Sarawak di pentas antarabangsa

“Saya baru pulang daripada pertandingan peragaan di Vietnam sehari sebelumnya dan mempunyai masa kira-kira tiga jam untuk membuat kelengkapan gaun terakhir serta pakaian tradisional. “ Bagaimanapun,

Gadis Bidayuh juara Miss Supranational Malaysia 2024

WANITA cantik kelahiran Lundu, Andreana Celly, mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai anak Bidayuh pertama untuk memenangi gelaran Miss Supranational Malaysia 2024. Gadis berusia 20

Riadah di Bukit Gondol, Lundu

AKTIVITI mendaki sangat baik untuk tubuh badan serta kesihatan dan minda kita. Lazimnya, pendaki tegar mencari lokasi pendakian baharu untuk merasai pengalaman berbeza kerana mereka

Penuhi impian rakyat Malaysia

Signifikan dengan peristiwa dan perayaan penting, Pengurus Besar Kanan Perhubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi Petronas, Siti Azlina Abdul Latif berkata, mereka sentiasa berusaha merealisasikan impian

Gawai bukan sekadar tradisi

Tahun ini syarikat petroleum negara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memperkenal filem pendek terbaharu sempena sambutan Hari Gawai Dayak 2024. Filem Pesan Inik menampilkan usaha sinematik

BERITA TERBARU

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

SEBUYAU: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Seruyuk ke Sebuyau