ARTIKEL

Selamatkan diri dari kebakaran, lelaki terjun dari tingkat dua rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sebuah rumah teres dua tingkat musnah dalam kebakaran di Taman Tai Pau di sini, hari ini.

Insiden kira-kira jam 10.30 pagi itu menyebabkan seorang penghuni cedera, dilaporkan bertindak terjun menyelamatkan diri.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.41 pagi.

Bomba melakukan pemadaman susulan ke atas rumah teres dua tingkat dalam kebakaran di Miri.

“Bahagian atas rumah itu terbakar 100 peratus. Difahamkan, mangsa bertindak terjun sebelum mengalami kecederaan di bahagian pinggang,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan itu, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Miri memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum menghantarnya ke Hospital untuk tindakan selanjutnya.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

BERITA LAIN

Geran MRP dan Unifor harus digunakan sepenuhnya

PADAWAN: Penerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan geran Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) diingatkan untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan yang dipohon. Timbalan Menteri

Rakyat Sarawak ada bakat dalam bidang klinikal

KUCHING: Kerjasama antara syarikat farmaseutikal dan bioteknologi multinasional AstraZeneca dengan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Umum Sarawak (HUS) menunjukkan bahawa rakyat tempatan juga memiliki bakat

BERITA TERBARU