ARTIKEL

Selamatkan Kuching City

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

AGAK mengejutkan apabila ketua jurulatih Kuching City FC (KCFC), Irfan Bakti Abu Salim, 72, meletak jawatan Isnin lalu, dalam keadaan pasukan masih memerlukan khidmatnya bagi memastikan kekal bersaing dalam Liga Super 2024.

Namun bagi jurulatih veteran itu, beliau bertanggungjawab atas prestasi merudum pasukan sekarang ini, dan mengambil keputusan mengundur diri, sebagai langkah terbaik.

Hanya meraih enam mata daripada 15 perlawanan, iaitu satu kemenangan, tiga seri, dan 12 kali kalah memberi gambaran jelas tentang kegagalan, apatah lagi berada di tangga kedua tercorot, situasi yang meletakkan mereka di zon bahaya, atau zon penurunan.

Keadaan semakin meruncing apabila penolong beliau, Sulaiman Hussin turut melakukan perkara yang sama.

Ini bermakna kelab dari Bumi Kenyalang itu, bagaikan patah kedua-dua sayap.

Kebiasaannya hanya ketua jurulatih yang meletak jawatan, dan kemudiannya ia diambil alih oleh penolong, sama ada secara tetap atau sementara.

Kini KCFC dibimbing oleh ‘jurulatih ketiga’, Firdaus Morshidi secara sementara.

Mampukah Firdaus?

Ataupun KCFC perlu segera mencari pengganti yang lebih berpengalaman.

Yang pasti, mereka sudah ada calon sekarang ini, dan bakal diumumkan dalam masa terdekat. Import atau lokal?

Dengan baki 10 perlawanan, dan kedudukan terkini (dua tercorot) sebenarnya masih ada peluang bagi KCFC untuk menyelamatkan diri daripada terjerumus ke Liga M3 musim depan.

Dua pasukan terbawah akan tersingkir.

Baca lain  Saya sedang berpuasa!

Oleh itu, secara teori dan matematik, tindakan Irfan meletak jawatan sekarang ini, adalah untuk memberi ruang kepada pengendali baharu bagi memulihkan pasukan.

Ini kerana beliau berpendapat bahawa segala-galanya sudah pun dicurahkan, untuk mengubah kedudukan, tetapi masih gagal, dan beliau berpendapat ada tanggungjawab di situ.

Sebagai jurulatih profesional yang cukup masak dalam Liga Malaysia, Irfan menganggap jalan terbaik ialah meletak jawatan, sebelum keadaan bertambah buruk.

Sebagai pengendali ternama, Irfan juga perlu menjaga maruah, tidak rela melihat pasukan bimbingannya turun ke liga bawahan, setelah bersusah payah naik ke Liga Super.

Dalam beberapa sidang media sebelum ini, Irfan sering kali menegaskan bahawa untuk kekal dalam Liga Super 2024, KCFC mesti mengalahkan pasukan yang setaraf atau hampir setaraf mereka, tidak boleh lagi keciciran mata.

Oleh itu tewas 2-1 kepada pasukan Perak di gelanggang sendiri Ahad lalu menjadi turning point Irfan untuk mengambil langkah drastik.

Bagi Irfan, KCFC sepatutnya meraih tiga mata, atau sekurangkurangnya satu mata ketika menentang Perak, apatah lagi selepas menunjukkan prestasi memberangsangkan ketika menentang pasukan besar, Sabah (kalah 4-3) dan Selangor (tewas 2-1).

Malah pembantu beliau, Sulaiman Hussin turut menegaskan perkara yang sama bahawa, KCFC tidak rela kalah lagi kepada pasukan seperti Perak, mahupun Kelantan United atau Kelantan FC.

Malah KCFC memerlukan kelompok pemain baharu pada jendela perpindahan awal Julai lalu, import asing dan tempatan.

Baca lain  Demi budaya ilmu

Namun, percaturan tersebut masih gagal. Yang pasti, KCFC memerlukan import asing yang lebih berkualiti, di samping import tempatan berpengalaman bagi mengimbangi pasukan sedia ada. Ini kerana Liga Super sentiasa menjanjikan pertarungan sengit.

Dalam Liga Super, sesebuah pasukan memerlukan satu atau dua peluang sahaja untuk menjaringkan gol, bukannya menunggu sehingga empat atau lima peluang.

Inilah yang berlaku terhadap KCFC dalam beberapa perlawanan, menyebabkan mereka kehilangan mata demi mata.

Namun jika mengambil kira faktor sejarah penyertaan awal KCFC dalam Liga Malaysia, bermula daripada peringkat amatur hingga ke era profesional, ia merupakan satu kejayaan yang membanggakan.

Daripada kelab kecil (Kuching FA) pada 2015, kini menjadi sebuah kelab besar (Kucing City FC) bersaing dalam liga teratas, bersama pasukan gergasi.

Tentunya ada peminat yang masih ingat, bagaimana bekas pemain Sarawak, Sharizan Sahari (jurulatih) yang mentransformasikan Kuching FA dalam Liga Rakyat dan kemudiannya disusuli Khairol Jamel (Piala FAM), Lucas Kallang Laeng (Liga M3) dan Ideris Untong (Liga Premier) pada 2019, sehinggalah pelantikan Irfan Bakti pada 2020.

Seperti yang pernah dikatakan oleh pemain senior, Joseph Kallang Tie pada 2019; “Saya menyertai KCFC kerana kelab ini mempunyai misi yang jelas… dan sudah pasti saya mahu membantu mereka ke Liga Premier dan kalau boleh ke Liga Super.” Ternyata, impian Joseph menjadi kenyataan.

Baca lain  Kerajaan stabil pilihan rakyat

Cuma kehendak peminat bola sepak, mahu kejayaan yang lebih lagi, di peringkat tinggi.

Berada dalam Liga Super 2023 merupakan satu kejutan bagi KCFC, apatah lagi dalam keadaan pasukan utama negeri, Sarawak United beraksi dalam Liga M3.

Oleh itu, kekal dalam Liga Super 2024 adalah satu lagi kejayaan.

Yang pasti, usaha menyelamatkan pasukan untuk kekal sangat penting sekarang ini.

Jika turun semula ke Liga M3, maka banyak ‘tugas berulang’ akan dilakukan, dan sekali lagi bermula dari A.

Jika KCFC kekal dalam Liga Super 2024, maka ada usaha untuk menambah baik pasukan, terutama dari segi pengambilan pemain baharu, sama ada import asing atau import tempatan.

Ia juga akan memberi kesan positif terhadap pasukan pelapis, Piala Presiden dan Belia, kerana adanya hala tuju yang lebih jelas, melalui penyertaan dalam Liga Super.

Malah pelbagai program pembangunan akan menyusul, sama ada dalam aspek pemain, jurulatih, mahupun dari segi fasiliti kelab.

Oleh kerana amat sukar untuk kita meramal bila agaknya pasukan negeri (Sarawak) menyertai Liga Super, maka penyertaan Kuching City dalam liga utama negara cukup penting, bagi memastikan kelangsungan bola sepak Sarawak di peringkat tertinggi.

Oleh itu, tugas utama jurulatih baharu ialah memastikan Kuching City kekal dalam Liga Super 2024. 

BERITA LAIN

Obesiti selepas raya

PASTI ada yang kembali buncit pada hari raya kesembilan (hari ini), malah ada yang lebih besar kebuncitannya. Ia berpunca daripada pengambilan makanan berlebihan sejak raya

Jangka hayat, kematian semakin dekat

ADAKAH anda bersedia untuk mati? Adakah anda bersedia untuk meninggalkan legasi? Sekurang-kurangnya mendidik atau mempersiapkan pengganti untuk syarikat, pertubuhan dan sebagainya, termasuk dalam urusan pentadbiran.

Rayakan sebulan

HARI ini hari ketujuh kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sik berasa, terutama bagi golongan muda. “Lom puas beraya, dah mula bersekolah.” Antara dialog yang kita

Seni cipta kekayaan

BAGAIMANAKAH cara hendak menjadi bilionair? Kelihatannya bagi kebanyakan kita, hal ini bukannya mudah. Ia satu impian yang sukar digapai oleh lapan bilion manusia di planet

Sampah plastik cemar lautan

KETIKA manusia membuang sampah plastik di taman atau pantai, jalan raya, aliran air – aktiviti alam membawa cebisan plastik itu melalui longkang ke sungai untuk

Tradisi Aidilfitri yang hilang

TIDAK dapat dinafikan semakin moden dan membangun sesebuah negara, maka semakin terkorban tradisinya. Malah semakin berkembang teknologi, maka semakin tersisih budaya yang pernah menjadi pegangan

BERITA TERBARU

Adun Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.