Trending

Selamatkan remaja, pelajar bermasalah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Masalah yang diwujudkan oleh remaja  pelbagai peringkat usia, daripada sekecil-kecil masalah hinggalah kepada sebesar-besar masalah, ia tetap memberikan kesan kepada pembangunan agama, masyarakat dan negara.

Antaranya berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2018, dianggarkan 4,000 remaja perempuan hamil ketika usia bawah 18 tahun. Sementara dari 2012 hingga 2016, sebanyak 79,302 kes remaja perempuan hamil bawah 18 tahun dilaporkan.

Seterusnya melibatkan pelajar yang juga dalam kategori remaja. Mereka tidak hanya terlibat dengan ponteng sekolah, vandalisme serta buli, Malah, ada kalangan remaja atau pelajar mula berjinak-jinak dengan jenayah lebih ekstrem.

Malah lebih membimbangkan apabila pembabitan remaja atau pelajar dalam aktiviti jual beli dadah, salah laku seks, menyertai kumpulan kongsi gelap adalah antara jenayah yang pernah dicatatkan dalam jurnal juvana.

Walaupun pelbagai masalah diwujudkan, namun ada pelbagai kaedah atau cara dikemukakan untuk menga- tasi masalah melibatkan remaja atau pelajar ini. Antara yang biasa dilaksanakan adalah mengenal pasti remaja atau pela- jar yang mewujudkan masalah.

Kemudian mereka ‘diselamatkan’ seterusnya diberikan kaunseling bergantung kepada jenis masalah yang dilaku- kan mereka. Biasanya, melalui sesi kaunseling oleh pakar kaunseling menemukan punca yang menyumbang kepada berlakunya masalah remaja.

Di sini barulah jalan penyelesaian terbaik dapat diprak- tiskan. Walaupun demikian, penyelesaian juga harus meli- batkan keluarga. Seperti kata Pegawai Pembangunan Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak Abu Bakar Bujang dalam akhbar ini minggu lepas, “kita harus sedar bahawa ibu bapa tonggak utama keluarga. Jika ibu bapa bermasalah, keluarga berpotensi bermasalah.”

Sehubungan itu, Abu Bakar menyatakan ibu bapa seharusnya membentuk jati diri remaja melalui didikan agama dan moral yang kukuh sebelum melangkah ke dunia luar.

Kebenarannya di sini ialah ibu bapa sering disalahkan jika anak terlibat masalah. Jarang masyarakat menyalahkan orang lain ataupun menyalahkan ahli masyarakat sekeliling. Masing-masing saling menyalah. Jarang yang turut mem- bantu. Alasannya tidak mahu menjaga tepi kain orang.

Jika difikirkan, konsep menjaga tepi kain orang tetap re- levan. Misalnya, kehidupan di kampung suatu ketika dahulu teratur kerana setiap ahli masyarakat mengambil berat anta- ra satu sama lain. Entah bagaimana ‘jaga tepi kain orang’ solah-olah menjadi masalah. Disebabkan itu, masyarakat tidak lagi bersikap mahu ambil peduli.

Hari ini, ia perlu diusahakan semula. Ini kerana ada ketika ibu bapa tidak tahu akan masalah melibatkan anak mereka, sebaliknya masyarakat sekeliling tahu. Anak-anak bijak menyembunyikan sikap di depan ibu bapa. Ibarat pijak semut pun tak mati. Jadi, masyarakat perlu saling mengambil berat.

Oleh yang demikian, mengatasi masalah remaja atau pelajar memerlukan banyak kerjasama semua pihak. Ibu bapa dan masyarakat melalui organisasi bukan kerajaan harus tampil membantu.

Antaranya melibatkan diri dalam kegiatan anjuran agensi kerajaan terutama JKM yang menjurus ke arah mengatasi masalah remaja/pelajar.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Buruh paksa moden

SEKALI-SEKALA media melaporkan pekerja asing, termasuk pembantu rumah di negara

Gibran di mata Prabowo

PEMILIHAN presiden (Pilpres) Indonesia berlangsung 14 Februari 2024. Sejumlah survei

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru