ARTIKEL

Selamatkan ribuan haiwan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Persatuan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) berharap agar Akta Kebajikan Haiwan 2015 dapat dipraktikkan di Sarawak untuk tempoh ini.

SSPCA berkata, sejak SSPCA ditubuhkan pihaknya telah menyelamatkan ribuan anjing, kucing, termasuk anak anjing dan anak kucing yang menderita akibat penganiayaan oleh golongan yang tidak bertangungjawab.

“Sebahagian individu melihat haiwan ini sebagai perosak dan ada yang menganggap haiwan ini sebagai sampah dan gangguan.

“Diharapkan dengan bantuan masyarakat, kita sebagai manusia dapat menjadi suara kepada haiwan dalam hal kesejahteraan dan kebajikan haiwan,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak semalam.

Tambahnya lagi, misi SSPCA adalah bertindak sebagai peguam bela bagi haiwan dan sebagai pembela hak haiwan.

Selain itu, menjaga kesejahteraan haiwan-haiwan di Sarawak sama ada yang ditinggalkan, mengalami kecederaan, mengalami perlakuan tidak adil atau kejam atau memerlukan sokongan.

“Adalah amat penting memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat bahawa kita berkongsi bumi dengan haiwan ini.

“Pada masa sama memupuk ikatan jalinan antara manusia dan haiwan, termasuk menanamkan rasa hormat dan penghargaan terhadap semua haiwan ini.

“Seperti menurut kata-kata Mahatma Gandhi, kehebatan bangsa dapat dinilai dengan cara perlakuannya terhadap binatang,” ujarnya lagi.

SSPCA turut mengakui menjadi cabaran terbesar untuk mengubah pemikiran masyarakat tentang bagaimana membiarkan haiwan hidup dengan harga diri yang sewajarnya.

“Kami berusaha untuk memberi kesedaran yang lebih tinggi mengenai kesejahteraan haiwan, selain menanamkan rasa hormat yang lebih tinggi terhadap haiwan yang tinggal bersama dan di sekeliling kita.

“Dari haiwan peliharaan kita sendiri di rumah, sehingga ke haiwan jalanan yang tidak ada tempat tinggal termasuk haiwan-haiwan lain yang tinggal di sekeliling kita,” katanya.

Tambahnya, kehidupan beribu-ribu anjing dan kucing di Sarawak kini sangat berbahaya.

“Kebanyakan haiwan peliharaan ditinggalkan di jalanan dan mereka perlu mengurus diri mereka sendiri.

“Malah banyak yang tersesat dilahirkan di jalanan,” tegasnya.

SSPCA menjelaskan, kucing dan anjing turut mengalami sasaran untuk dimatikan sebagai langkah untuk mengurangkan populasi anjing dan kucing liar sejak wabak rabies di Sarawak pada tahun 2017.

Bahkan katanya, program vaksinasi secara besar-besaran juga dilakukan oleh pihak berwajib.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU