ARTIKEL

Pemain Selangor FC Sharul Nazeem Zulpakar (tengah) mencuba merebut bola udara bersama pemain Perak FC pada perlawanan Liga Super Malaysia 2024/2025 di Stadium MBPJ. Keputusan penuh Selangor FC 2-1 Perak FC.

Selangor FC tumbangkan Perak FC, 2-1

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Selangor FC merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menewaskan Perak FC 2-1 meskipun terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada pertembungan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.

Penyerang import Ronnie Fernandez muncul wira Gergasi Merah selepas mencetak dua gol pada separuh masa pertama, sementara pemain tengah muda dari Ghana Alex Agyarkwa dilayangkan kad merah pada minit ke-64 susulan kekasaran yang dilakukan.

Fernandez memecah kebuntuan gol pada minit ke-24 selepas menyudahkan tampanan kurang kemas penjaga gol pelawat Mohamad Ramdhan Ab Hamid, sebelum mencetak jaringan peribadi kedua apabila menyempurnakan penalti pada minit ke-40 untuk memastikan Selangor selesa mendahului 2-0.

Selepas insiden Agyarkwa diperintah keluar padang, Selangor yang cuba bertahan dengan 10 pemain akhirnya dibolosi setelah pemain tengah gantian Perak Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar memanfaatkan hantaran lintang dari sebelah kiri dengan melepaskan tandukan cantik pada minit ke-79.

Tiga mata yang berjaya dikutip menyaksikan skuad kendalian Nidzam Jamil itu mengumpul sembilan mata, hanya tiga mata di belakang pendahulu Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang pertemuan dengan Kuala Lumpur (KL) City FC dalam aksi seterusnya bulan depan.

Sementara itu, di KOTA BHARU, Kelantan Darul Naim (KDN) FC meraih tiga mata pertama musim ini selepas mengatasi PDRM FC 1-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV.

Jaringan tunggal perlawanan dihasilkan ketua pasukan Oday Kharoub menerusi penalti pada minit ke-29 sekali gus menjadi pemisah kedua-dua pasukan hingga wisel penamat.

Bagaimanapun, kemenangan itu tidak mengubah posisi skuad Sang Kijang Emas yang kekal sebagai pasukan kedua tercorot, manakala PDRM jatuh satu anak tangga ke kedudukan keenam dengan mengumpul empat mata.– BERNAMA

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari

BERITA TERBARU

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final