ARTIKEL

Selangor tempah slot ke Piala AFC musim depan selepas tewaskan Kedah 1-0

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ALOR SETAR: Selangor FC dinobatkan naib juara Liga Super 2023 selepas berjaya menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 1-0 di Stadium Darul Aman, di sini, semalam.

Status naib juara Liga Super itu sekali gus melayakkan anak buah Tan Cheng Ho untuk beraksi pada Piala AFC musim depan.

Kemenangan tipis itu membolehkan The Red Giants menghuni tangga kedua dengan 58 mata sebelum pertembungan terakhir liga menentang PDRM FC pada 17 Dis ini.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan saling melakukan serangan ke kubu lawan masing-masing, namun tiada jaringan dihasilkan pada babak pertama permainan.

Bersambung babak kedua, corak permainan Kedah dilihat serba tidak menjadi manakala Selangor lebih menguasai permainan dengan melakukan beberapa hantar pendek dan berbahaya ke kubu Kedah.

Hasilnya, The Red Giants berjaya mendapat gol yang dicari menerusi pemain Ayron Del Valle Rodriguez pada minit ke-64.

Gol tersebut terhasil menerusi kuisan cantik bola lintang daripada Brendan Gan yang disambar Ayron Del dan menewaskan penjaga gol Kedah, Kalamullah Al Hafiz.

Tersentak jaringan itu, pasukan tuan rumah yang dibimbing Nafuzi Zain kembali mengatur serangan, namun keampuhan pertahanan Selangor berjaya mematahkan serangan Kedah.

Selangor berjaya mempertahankan satu jaringan yang dimiliki hingga tamat perlawanan sekali gus mengesahkan tempat untuk beraksi di Piala AFC musim depan. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

TNB buru gelaran treble

KUALA LUMPUR: Setelah menamatkan kemarau 21 tahun untuk merangkul kejuaraan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2024 semalam, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini dalam misi memburu gelaran

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan