Trending

SELAYAH, KERINGKAM tradisi Melayu Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

TUDUNG Keringkam merupakan sehelai kain penutup kepala kaum wanita berupa selayah ataupun selendang yang dipakai oleh wanita Melayu di Sarawak. 

la menjadi pelengkap busana adat masyarakat Melayu di Sarawak yang sering digayakan ketika menghadiri majlis khas dan upacara adat penting seperti majlis perkahwinan dan perayaan lain. 

Pada zaman dahulu, tudung warisan ini kebanyakan dipakai oleh golongan “perabangan” atau aristokrat kerana nilainya yang tinggi menyebabkan hanya golongan tertentu dan berkemampuan yang mampu memilikinya.

Namun, keadaan tersebut berubah dan sesiapa sahaja boleh memiliki dan menggayakannya. 

Masyarakat Melayu Sarawak terkenal dengan kesenian tangan dan sangat berbangga dengan seni sulaman ini pada selayah atau selendang yang menjadi antara warisan penting dalam busana tradisi untuk terus dipelihara agar keunikannya dapat dikekalkan.

Tudung keringkam dihasilkan dengan menyulam benang keringkam emas atau perak dengan teknik tikam tembus ke atas permukaan kain kemudian melapis ke bawah dan jaluran benang Keringkam ditindan kembali berulang-ulang. 

Tudung keringkam biasanya disulam menggunakan motif bunga dan tumbuhan seperti bunga tanjung, ros, kenanga, tampuk manggis, tampuk pedada dan gunung pada kain kasarubia bermutu tinggi, bawal atau georgette. 

Tudung keringkam dibezakan dengan pendek dan panyang saiznya. Yang bersaiz pendek digelar “Selayah Keringkam” manakala yang bersaiz panjang dikenali sebagai “Selendang Keringkam”. 

Tudung keringkam tradisional berbentuk selayah berukuran 95sm x 55sm manakala selendang pula 150 ke 180sm x 55sm.

Reka bentuk dan sulamannya yang halus menonjolkan hasil seni memaparkan kemewahan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Lenggok zapin Melayu

ZAPIN berasal dari tradisi Tarian Zafana Orang Arab dari Hadramaut,

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru