ARTIKEL

Abang Johari (tengah) dan tetamu kehormat lain menyempurnakan acara memotong pulut kuning. - Foto: Ramidi Subari

Selepas dipilih bandar raya ke-11 paling bersih di dunia, Kuching intai tempat kesembilan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak menyasarkan Kuching untuk mencapai kedudukan kesembilan sebagai bandar raya paling bersih di dunia selepas berjaya meletakkan diri pada kedudukan ke-11 awal tahun ini.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ekoran itu penting bagi rakyat untuk memberikan kerjasama dalam usaha mengekalkan kebersihan supaya sasaran itu dapat dicapai.

Katanya, semua pihak perlu memainkan peranan agar bandar raya ini tidak kotor sekali gus kekal pada tahap bersih.

“Disebabkan itu juga saya melaksanakan dasar yang mampan dari sudut pencemaran agar status bandar bersih itu dapat dikekalkan.

“Kita menggunakan hidrogen yang juga merupakan tenaga terbersih untuk pengangkutan awam seperti bas dan transit aliran autonomi (ART) supaya udara kita terjaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Aidilfitri Agensi-Agensi Islam Sarawak Tahun 1445H/2024M di Dewan Kompleks Islam di sini, hari ini.

Tambahnya, ia akan menjadikan Kuching bukan sahaja bersih dari sudut fizikal tetapi juga pengudaraan.

“Dengan ini, kita akan dapat mengalahkan bandar-bandar lain sebab itu dari kedudukan ke-11, kita perlu tingkatkan ke kedudukan ke-10 atau kesembilan,” ujarnya.

Baca lain  PDRM kenal pasti dalang pengedaran dadah

Hadir sama, isteri Premier, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha, serta wakil lain.

Abang Johari (kiri) merakam kenangan bersama-sama dengan tetamu kehormat lain pada Majlis Kesyukuran Aidilfitri Agensi-Agensi Islam Sarawak Tahun 1445H/2024M di Dewan Kompleks Islam di sini, hari ini. – Foto: Ramidi Subari

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali