Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Selesai isu rampasan sarang burung walit

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
TIONG KING SING

SIBU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri menyelesaikan isu rampasan sarang burung walit yang berlaku di sini, baru-baru ini.

Demikian kata ADUN Dudong Datuk Seri Tiong King Sing dalam satu kenyataan, semalam.

“Pada malam Isnin (22 Mei) lalu dalam Mesyuarat Gabungan Parti Sarawak (GPS), saya mengambil kesempatan untuk membangkitkan isu rampasan tidak munasabah membabitkan produk sarang burung walit berjumlah RM2.5 juta oleh Unit Penguat Kuasa Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Sibu.

“Premier telah segera mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak untuk campur tangan dan melihat isu yang dihadapi ini,” katanya yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Melalui perbincangan awal, jelasnya, tarikh telah ditetapkan untuk membawa kedua-dua pihak bersama-sama untuk menyelesaikan perkara itu.

“Saya akan mengetuai wakil peniaga yang terjejas ke mesyuarat pada jam 3 petang, 6 Jun ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mencari penyelesaian menang-menang yang mesra kepada semua pihak.

“Saya dengan ini menggesa wakil peniaga menyediakan dokumentasi lengkap bagi memastikan mesyuarat berjalan lancar,” tegas Ahli Parlimen Bintulu itu.

Baca lain  RM30,000 jika jumpa Lee Chong Loong

Tiong berkata, perkara yang paling penting adalah untuk membolehkan kes tersebut memperolehi hasil yang memuaskan dalam mesyuarat yang mesra semua pihak yang terlibat. Ini juga, katanya, menunjukkan Kerajaan Sarawak serius dan ikhlas dalam menjaga kesejahteraan dan kepentingan rakyat.

“Tidak kira apapun keputusan mesyuarat kelak, kes ini akan menjadi penanda aras untuk komunikasi masa akan datang antara kerajaan dan rakyat.

“Justeru, kami menyeru kepada semua unit penguatkuasaan dari pelbagai jabatan supaya berkomunikasi dengan baik dengan orang ramai pada masa akan datang.

“Kita mesti memastikan orang ramai memahami dengan jelas undang-undang dan peraturan berkaitan yang terlibat dalam apa-apa perkara sambil mengekalkan ketenteraman awam dan mengelakkan konflik, pertikaian, atau salah faham yang tidak perlu,” ujar Presiden Parti Progresif Demokratik (PDP) itu.

Rentetan daripada maklum balas Premier terhadap isu tersebut, Tiong turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaannya kepada Abang Johari atas tindakan segera untuk menyelesaikan perkara ini yang menunjukkan kesediaan Kerajaan Sarawak untuk menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru