ARTIKEL

Selesai masalah kesesakan lalu lintas kawasan SMK Bandar Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pang turun padang memantau kerja- kerja pembinaan pejalan kaki berbumbung menyambungkan jejantas ke SMK Bandar Bintulu.

BINTULU: Adun Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming akan berbincang dengan pihak Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Bandar Bintulu dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bintulu bagi mencari jalan penyelesaian berhubung masalah kesesakan trafik di kawasan terbabit.

Pang berkata, tindakan perlu diambil bagi memastikan masalah kesesakan di kawasan sekolah terbabit dapat diselesaikan.

“Kita akan berbincang dengan pihak sekolah dan JPJ untuk mencari jalan penyelesaian bagi memastikan kelancaran trafik tidak terganggu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui usai melakukan pemantauan mengejut terhadap kerja- kerja pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung menyambungkan jejantas ke SMK Bandar Bintulu, pagi tadi.

Ia merupakan salah satu Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di bawah Dun Tanjong Batu untuk kemudahan pengguna jalan raya terutamanya warga sekolah SMK Bandar Bintulu dan dijangka siap sepenuhnya pada Mei depan

Pada masa sama, katanya, beliau juga telah berbincang dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menambahkan ketinggian pagar pembahagi jalan di kawasan berdekatan sekolah terbabit sekali gus menyarankan warga sekolah untuk memanfaatkan kemudahan jejantas yang disediakan.

 

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU