ARTIKEL

Selesai perbalahan tanpa kekerasan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: “Saya kehilangan sahabat baik, mentor, pembimbing dan insan yang menjadi inspirasi selepas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud,” demikian kata Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Alfred Jabu ialah bekas Timbalan Ketua Menteri yang selama 33 tahun berkhidmat bersama-sama Tun Taib ketika memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak.

“Allahyarham Tun Taib sahabat baik saya serta banyak menyumbang untuk Sarawak.

“Tiada siapa di Sarawak setakat ini yang mempunyai rekod yang sama dalam pentadbiran seperti Tun Abdul Taib.

“Terima kasih Tun… saya tak boleh lupakan apa-apa yang telah Tun lakukan untuk membantu saya, keluarga saya dan Sarawak malah Tun memberi 61 daripada 87 tahun hayatnya untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Istiadat Penghormatan dan Pengebumian Tun Taib di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, semalam.

Sementara itu, beliau menyifatkan Tun Taib sebagai seorang figura politik yang menyelesaikan perbalahan tanpa menggunakan kekerasan.

Mengambil contoh Peristiwa Ming Court Hotel 1987, beliau berkata, dalam politik sering berlaku pelbagai peristiwa yang mencabar dan menyedihkan.

“Saya bersama-sama Tun semasa peristiwa berkenaan. Saya orang pertama yang sampai ke rumahnya di Demak Jaya.

“Dan saya kata Tun saya bersama awak… dan dia berkata kepada saya, “Alfred, saya tahu siapa kawan saya yang setia dan sejati” “Kemudian saya pergi ke Astana dan menasihati Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng ketika itu supaya mengadakan pilihan raya untuk rakyat menentukan nasib Sarawak. “Dan akhirnya kami menang.

Malah Tun memberikan hala tuju yang baik untuk bergerak seiring dengan sokongan daripada rakyat untuk membawa kepimpinan yang sangat berjaya sehingga ke generasi seterunya,” ujarnya. 

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU