ARTIKEL

Selesaikan isu MOSA, MOSRA, pemaju projek digesa jelaskan bayaran premium – Len Talif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek tukar syarat dan pecah bahagi tanah untuk pelbagai kegunaan yang belum dikeluarkan surat hakmilik dan jumlah premium yang belum dibayar di Sarawak kini melebihi RM55 juta setakat 30 April lalu.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, 183 projek berkenaan melibatkan 11 daerah di negeri ini dengan Kuching mencatatkan jumlah projek yang tertinggi iaitu 104 projek berjumlah RM39.7 juta.

“Manakala Sri Aman (10 projek, RM541,067) ; Miri (8 projek, RM510,964) ; Limbang (4 projek, RM189,587) ; Sarikei (7 projek, RM 233,424) ; Kapit (1 projek RM 6,696) ; Samarahan (3 projek, RM1 juta) ; Bintulu (1 projek, RM528,981) ; Mukah (2 projek, RM43,280) dan Serian (2 projek, RM643,867).

“Ini disebabkan Memorandum of Surrender and Alienation (MOSA) atau Memorandum of Surrender and Re-alienation (MOSRA) yang tidak dimeteraikan yang menjurus kepada tiada pembayaran premium dan lain-lain fi oleh pemaju projek,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Adun Bukit Assek Chieng Jin Ek berhubung projek yang belum dikeluarkan surat hakmilik di bahagian Sibu dan bahagian lain di Sarawak, pada Persidangan Pertama bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

Manakala mengulas mengenai bahagian Sibu pula, Len berkata projek tukar syarat dan pecah bahagi tanah untuk pelbagai kegunaan seperti seperti kediaman, komersil dan industri yang belum dikeluarkan surat hakmilik di Bahagian Sibu kini melebihi RM12 juta dan jumlah fi yang berkaitan adalah RM43 ribu setakat 30 April lalu.

Katanya, sebanyak 41 projek melibatkan 1,021 lot jumlah premium yang belum dibayar oleh pemaju projek disebabkan oleh MOSA dan MOSRA berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa sebelum pengeluaran surat hakmilik tanah yang terlibat dengan projek pembangunan seumpama ini, kelulusan mendepositkan pelan tinjauan hendaklah diperolehi terlebih dahulu selain daripada kelulusan OP dan Sijil Jalan (Road Certificate) yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Selain dari keperluan tersebut, katanya pemaju bertanggungjawab untuk memastikan pemeteraian MOSA dan MOSRA dan juga pembayaran enhanced premium tanah dan fi yang berkaitan sebelum surat hakmilik dapat dikeluarkan.

“Justeru, Kerajaan menggesa pemaju untuk mengambil tindakan khususnya berkaitan permeteraian dan pengembalian MOSA atau MOSRA serta menjelaskan segala bayaran enhanced premium dan fi yang dikenakan. 

“Adalah menjadi kewajipan dan obligasi pemaju projek untuk menyempurnakan komitmen ini bagi memastikan para pembeli lot-lot projek pembangunan mendapat surat hakmilik lot masing-masing,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa pemaju diberi masa selewat-lewatnya 56 hari untuk melengkapkan MOSA dan MORSA ini dan membayar enhanced premium dan fi lain yang berkaitan sebelum surat hak milik boleh dikeluarkan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan