Trending

Selesaikan segera lima masalah utama

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIBU: Timbalan Speaker II Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sibu pada petang Isnin.

Semasa kunjungan tersebut, beliau mengadakan mesyuarat dengan Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili dan Ketua Cawangan JPJ Sibu Mohamad Faizal David Jemat.

Menurut Lau, antara lain tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk mengetahui pengorperasian pejabat Cawangan JPJ Sibu dan maklumat lain berkaitan.

Beliau berkata, dalam mesyuarat tersebut beberapa isu telah dibangkitkannya bagi tindakan Norizan khususnya penguat kuasa JPJ di sini.

“Lima masalah utama di sini telah saya bangkitkan untuk perhatian Norizan dan pegawainya.

“Ia berkaitan dengan masalah kereta sapu yang beroperasi di Lapangan Terbang Sibu, masalah meletak kenderaan berat di kawasan perumahan, isu lumba haram, penggunaan lampu kereta yang menghalang penglihatan waktu malam dan menggesa kecekapan kaunter perkhidmatan JPJ,” jelas Ahli Parlimen Lanang itu.

Beliau memberitahu, kelimalima isu tersebut memerlukan perhatian pihak JPJ untuk diatasi segera demi kesejahteraan masyarakat di sini.

“Saya meminta pihak JPJ Sibu mengambil tindakan proaktif untuk menangani isu ini kerana kelima-lima isu itu menyusahkan orang ramai,” tegas beliau.

Lau turut mengagihkan pemberian khas pihak JPJ Sibu kepada orang ramai semasa kunjungannya itu. 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru