ARTIKEL

Selidik pemungut derma

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MENURUT pprm.dbp.gov. my derma ialah pemberian yang ikhlas berupa wang dan lain-lain kepada orang miskin; dan juga bantuan wang kapada kumpulan (yayasan dan lain-lain).

Mudah difahami, derma merangkumi pemberian atau sumbangan yang diberikan secara sukarela, terutama dalam bentuk wang atau barang kepada mereka yang memerlukan atau untuk tujuan tertentu.

Ia juga merujuk kepada sumbangan amal yang diberikan untuk kepentingan amal atau kemanusiaan.

Selain itu juga, merangkumi tindakan menderma.

Secara lebih luas, derma juga merujuk kepada tindakan atau kebiasaan memberikan bantuan atau sumbangan kepada yang memerlukan.

Makna sangat umum, sumbangan yang diberikan juga sangat umum.

Jika berlaku sesuatu kesusahan melibatkan masyarakat memerlukan, akan ada macammacam derma diberikan.

Jika berlaku kebakaran, orang ramai yang menghantar derma berupa wang, makanan dan pakaian.

Ketika banjir kilat melanda Kuching dua tiga hari lalu, bantuan lebih kepada wang, makanan, perubatan dan tempat tinggal.

Pada masa yang sama, mangsa banjir juga perlukan sumbangan dari segi tenaga manusia.

Atas sebab itu, ada pertubuhan bukan kerajaan termasuk Angkatan Tentera Malaysia dikerah untuk membantu membersihkan rumah mangsa yang dilanda banjir.

Dalam Islam, derma termasuk dalam kategori amal soleh, yang memberi makna bukti ketaatan kepada Allah SWT.

Dalam alQuran, Allah SWT berulang kali menyebut tentang pentingnya bersedekah (derma) sebagai bentuk ibadah yang diperintahkan.

Baca lain  Komitmen politik dalam manifesto

Derma juga mempu menghilangkan keangkuhan, sebaliknya sentiasa murah hati kepada semua orang.

Selain itu, derma juga mampu menyucikan hati daripada sifat negatif – dengki, iri hati dan serakah. B

agi yang biasa menderma, akan merasai kepuasan spiritual yang mendalam di hati.

Dalam setiap rezeki yang diterima, ada rezeki orang lain. Ini akan memupuk rasa untuk menderma kerana akan cuba belajar memahami dan merasai penderitaan orang lain – nilai penting dalam ajaran Islam. Juga agama-agama lain.

Namun sayangnya, derma juga dijadikan oleh sesetengah orang untuk mengaut keuntungan.

Ada yang boleh jadi kaya disebabkan penipuan derma.

Ada individu mewujudkan sindiket derma.

Dikumpul beberapa individu yang kemudian pergi berjumpa orang ramai untuk meminta derma (sumbangan).

Kesemua wang derma tadi akan diserahkan kepada ketua sindiket.

Bukan untuk membantu individu yang dikerah meminta derma atau orang lain, sebaliknya untuk kesenangan diri sendiri.

Bukan perkara baharu. Sudah lama terjadi.

Pertama kali menjejak kaki dan ronda-ronda kota raya di ibu negara, saya (mungkin juga anda) pernah terlihat banyak individu yang tiada tangan, kaki atau dalam keadaan tidak sempurna menghulurkan tangan atau tin kosong memohon sumbangan.

Atas rasa kasihan, saya ingin berikan sedikit wang, namun ditepis oleh seorang rakan.

“Jangan! Tidak perlu beri. Kalau beri kepada seorang ini, banyak lagi yang akan jumpa kamu.

Baca lain  Nak pilih yang mana satu?

Kalau beri pun, wang itu akan pergi kepada ketua mereka (sindiket)”.

Yang dijelaskan oleh rakan tadi ada benarnya.

Suatu ketika saya cuba perhatikan gerak penderma di ibu negara, terutama kanak-kanak.

Itu kisah puluhan tahun lalu iaitu apabila seorang lelaki memberikan derma kepada seorang kanak-kanak.

Selepas seorang, seorang lagi datang kepada individu tadi.

Hampir setiap sudut yang ada ramai orang ada yang datang meminta derma kepada individu tadi.

Benarlah kata-kata rakan saya yang menegah berikan derma.

“Bukan nak halang niat baik kamu menderma, tetapi lihat dulu siapa yang kamu harus bantu.

Banyak yang menipu!” katanya.

Kisah sebegini juga dikongsi melalui video pendek di Internat (berlaku di luar negara).

Seorang lelaki mengensot menggunakan satu papan yang dipasang roda.

Dia duduk di atas papan tadi, dia menangis sambil menghulurkan tin kosong.

Semakin orang hulur derma, semakin kuat dia menangis.

Selepas orang berlalu, dia diam.

Dan, apabila orang lain lalu, dia mula menangis lagi.

Suatu hari, dia tertangkap menipu apabila seorang wanita menegah kawannya untuk menghulurkan derma.

Wanita tadi mengeluarkan lipas.

Dengan pantas, peminta derma tadi melompat geli.

Sah, kaki dia tidak kudung.

Ada yang ingin menderma, tetapi ada pula yang ingin menipu.

Jadi di mana kita hendak menderma?

Kadang-kadang kita menerima e-mel memohon derma.

Baca lain  KWSP talian hayat

Persoalannya adakah ia betul?

Adakah ini salah satu modus operandi penipuan kumpul derma?

Kadang-kadang disebabkan tindakan penipu derma ini, masyarakat jadi serba salah.

Rasa di hati ingin membantu, tetapi tidak tahu ke mana wang itu akan pergi.

Kalau betul kepada orang susah, itu sebaik-baiknya.

Tetapi bagaimana jika pergi kepada sindiket penipuan derma?

Dalam hal ini, saranan tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diambil perhatian: “Perlunya ada ketelusan dalam pengurusan sebarang dana kutipan derma di negara ini.

Setiap kutipan derma oleh mana-mana organisasi perlu mengikut peraturan bagi memastikan ia dapat disalurkan kepada golongan sasar yang memerlukan”.

“Dari aspek kemanusiaan, (NGO) kena dipastikan kita ikut peraturan ditetapkan pihak berwajib dan tidak sekali boleh langgar peraturan dan syarat ditetapkan,” katanya.

Jadi, pilih pertubuhan bukan kerajaan yang benar-benar membantu orang memerlukan.

Ambil sedikit masa untuk menyemak, menyelidik untuk pastikan NGO itu benar-benar berdaftar dengan pihak berwajib. Kalau perlu semak ke mana wang sumbangan itu disalurkan.

Cari NGO yang telus dalam pengurusan wang sumbangan, bukan yang menggunakan wang derma untuk operasi.

Sebab setiap sen wang yang diderma harus diserahkan kepada yang berhak.

Ini kerana NGO biasanya mempunyai sumber lain yang khusus untuk pengoperasian pengurusan sendiri, bukan daripada wang derma.

BERITA LAIN

Langit terbuka

MELETUSNYA Semeru di Jawa Timur dua hari lepas melimpahkan lahar sejuk di persekitaran, membawa hujan dan banjir sekitar Lembangan Sungai Regoyo. Pemindahan melibatkan 32 keluarga sekadar

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu

Raya terakhir kami?

SEMALAM ibu sahabat saya pergi di depan mata. Saya di sana, saya melihat bagaimana anaknya cuba menyelamatkan ibu mereka hingga ke titik terakhir. Namun, apabila

Obesiti selepas raya

PASTI ada yang kembali buncit pada hari raya kesembilan (hari ini), malah ada yang lebih besar kebuncitannya. Ia berpunca daripada pengambilan makanan berlebihan sejak raya

Jangka hayat, kematian semakin dekat

ADAKAH anda bersedia untuk mati? Adakah anda bersedia untuk meninggalkan legasi? Sekurang-kurangnya mendidik atau mempersiapkan pengganti untuk syarikat, pertubuhan dan sebagainya, termasuk dalam urusan pentadbiran.

Rayakan sebulan

HARI ini hari ketujuh kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sik berasa, terutama bagi golongan muda. “Lom puas beraya, dah mula bersekolah.” Antara dialog yang kita

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang