Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Seludup dadah guna bas ekspres

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Bungkusan-bungkusan dadah yang dirampas, yang diseludup menggunakan bas ekspres dari Sibu dan Miri ke Terminal Bas Kuching Sentral.
Bungkusan-bungkusan dadah yang dirampas, yang diseludup menggunakan bas ekspres dari Sibu dan Miri ke Terminal Bas Kuching Sentral.

 

KUCHING: Seludup dadah menggunakan bas ekspres, itu kegiatan sindiket penyeludupan dadah yang berjaya dikesan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak menerusi dua tangkapan berasingan di Terminal Bas Kuching Sentral, Jalan Penrissen di sini.

Pengarah Kastam Sarawak, Mohd Nadzri Ariffin berkata kes tangkapan pertama dilakukan pada 14 Julai lalu, kira-kira jam 1.50 petang melibatkan seorang lelaki tempatan berumur awal 30-an ketika hadir menuntut sebuah bungkusan dari kaunter sebuah syarikat bas di situ.

Katanya semakan awal mendapati bungkusan berkenaan dihantar dari bandar Sibu menggunakan perkhidmatan bas ekspres antara bandar dan berdasarkan pengamatan, suspek disyaki sudah beberapa kali membuat tuntutan bungkusan di terminal bas itu.

“Modus operandi menggunakan perkhidmatan kargo bas antara bandar untuk mengedar dadah masuk ke bandar raya Kuching.

“Dadah dibungkus menggunakan paket berkuantiti kecil dan sederhana dipercayai bagi memenuhi permintaan di pasaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas bungkusan berkenaan telah membawa kepada penemuan sejumlah empat peket lutsinar yang mengandungi serbuk kristal dipercayai dadah jenis Methamphetamine dianggarkan seberat 1.024 kilogram yang dianggarkan bernilai RM38,400.

“Dadah itu juga dipercayai untuk pasaran sekitar bandar raya Kuching dan Samarahan,” katanya sambil menambah siasatan sama ada dadah itu akan dipasarkan merentasi sempadan hingga ke negara jiran atau sebaliknya masih dijalankan.

Katanya suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuching untuk satu perintah reman selama tujuh hari ke atasnya bagi membantu siasatan pihak Kastam di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati di bawah seksyen 39B(2) akta yang sama.

Manakala, Mohd Nadzri berkata tangkapan kedua dilakukan pada 15 Julai kira-kira jam 7.30 malam, apabila sepasukan anggota Cawangan Narkotik, JKDM Kuching melakukan sitaan ke atas sebuah bungusan di terminal bas berkenaan.

Katanya pemeriksaan yang dilakukan ke atas bungkusan itu membawa kepada penemuan sejumlah 100 peket “Juice Master” yang dipercayai mengandungi serbuk disyaki campuran dadah jenis Ketamin yang dianggarkan seberat 3.2 kilogram dengan nilai RM189,000.

““Juice Master” ini dipercayai mempunyai permintaan yang tinggi di kawasan bandar dan digunakan untuk berhibur di kelab-kelab malam,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati bungkusan itu dihantar dari bandar raya Miri ke Kuching dan berdasarkan maklumat pengiriman, didapati tertera nama individu beserta dengan nombor telefon individu pengirim dan penerima.

Justeru, katanya JKDM Sarawak telah menggerakkan usaha untuk mengesan individu pengirim di Miri dan juga penerima di Kuching, yang dipercayai masih berada di Sarawak untuk membantu siasatan.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati di bawah seksyen 39B(2) akta yang sama.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang