ARTIKEL

Seluruh kampung dapat bubur kacang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Pengagihan bubur kacang hijau bersagu, kurma, pulut panggang dan air kotak dilaksanakan di Kampung Penakub Bazar, di sini, baru-baru ini. Program anjuran Kapitan Kueh Bing Chuan bersama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kampung tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk kampung. Menurut Kapitan Kueh Bing Chuan, program merupakan pertama kali diadakan pada bulan Ramadan.

“Kami mengagihkan kepada semua rumah dan juga penduduk kampung yang terdiri daripada berbilang kaum. “Jumlah agihan adalah sebanyak 460 bungkus, iaitu 200 bungkus kepada rumah penduduk kampung, 180 kepada kenderaan yang lalu di jalan muara kampung dan 80 bungkus diberikan kepada ahli jawatankuasa serta penduduk kampung yang hadir membantu membungkus.

“Makanan yang diagihkan adalah masakan yang ditempah daripada mantan Ketua Kampung Sungai Pegei kerana memerlukan makanan masakan Islam,” katanya kepada Suara Sarawak. Tambahnya, pengagihan tersebut melibatkan semua penduduk kampung yang terdiri daripada pelbagai kaum. “Walaupun ini program pertama kali dijalankan tetapi sambutan daripada penduduk kampung sangat menggalakkan,” katanya lagi. Pegawai KRT Bahagian Mukah Lau Siew Yen dan timbalannya Muhammad Fuad Jamakuddin turut hadir.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU